Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Dunia perlu bangunkan aturan kerjasama antarabangsa baru bagi tangani cabaran masa depan: DPM Tharman

Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam mengulangi gesaan agar dunia membangun aturan kerjasama antarabangsa yang baru bagi menangani cabaran-cabaran masa depan dengan lebih baik.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Mar 2019 07:37PM Dikemas Kini : 23 Mar 2019 11:15PM

BEIJING: Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam mengulangi gesaan agar dunia membangun aturan kerjasama antarabangsa yang baru bagi menangani cabaran-cabaran masa depan dengan lebih baik.

Demi memastikan ia berkesan dan mampan, satu hubungan baru antara China, Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa global lain diperlukan.

Encik Tharman berkata demikian di Forum Pembangunan Tahunan China di Beijing hari ini (23 Mac) - di mana beliau menegaskan bahawa pembangunan paling penting dalam 30 tahun lalu adalah integrasi China dengan ekonomi global.

Encik Tharman menarik perhatian bahawa terdapat gangguan terhadap usaha keterbukaan.

Ini walaupun ia mempunyai akar yang lebih mendalam daripada pemerintah hari ini.

Gangguan ini juga bukan kerana kegagalan globalisasi - tetapi atas kejayaan konsep pintu terbuka, yang menyebabkan ramai pihak keluar daripada kemiskinan.

Ini membawa kepada transformasi China, mengakibatkan dunia lebih bercorak berbilang pihak.

Maka itu Encik Tharman berkata jika aturan kerjasama baru tidak dibangunkan, dunia akan menghadapi risiko menjadi lebih berpecah belah.

Ini akan melemahkan semua negara dan bukan hanya aturan berbilang pihak. 

Sumber : CNA/NU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan