Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Dream Cruises sambung semula operasi pada Julai selepas digantung dek COVID-19

Genting Cruise Lines mengumumkan pada Isnin (29 Jun) bahawa salah satu jenama kapal pesiarannya, Dream Cruises, akan menyambung semula operasi di Taiwan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Dream Cruises sambung semula operasi pada Julai selepas digantung dek COVID-19

Kapal pesiaran Explorer Dream oleh Genting Cruise Lines. (Gambar: Genting Cruise Lines)

Diterbitkan : 29 Jun 2020 10:32PM Dikemas Kini : 29 Jun 2020 10:34PM

SINGAPURA: Genting Cruise Lines mengumumkan pada Isnin (29 Jun) bahawa salah satu jenama kapal pesiarannya, Dream Cruises, akan menyambung semula operasi di Taiwan.

"Dream Cruises akan menjadi kapal pesiaran pertama di dunia yang mula belayar setelah industri pelayaran sejagat ditutup akibat pandemik (COVID-19)," kata KT Lim, pengerusi dan CEO Genting Hong Kong, syarikat induk Genting Cruise Lines.

Mulai 26 Jul, Explorer Dream akan mengendalikan jadual perjalanan dua dan tiga malam yang berlepas dari Keelung dengan membuat persinggahan di pulau-pulau Penghu, Matzu serta Kinmen, menurut Genting Cruise Lines dalam satu kenyataan media.

Syarikat itu menekankan jumlah rendah kes COVID-19 di Taiwan dan menyatakan pihak berkuasa tempatan sudah "mengambil langkah-langkah proaktif untuk menghidupkan semula ekonominya dan membuka sektor pelancongan."

Syarikat itu menyatakan sejak beberapa bulan lalu, ia memeriksa semula dan menambah baik protokol kebersihannya termasuk melaksanakan peraturan jarak selamat di tempat makan, tempat hiburan dan kawasan awam selain memastikan "pengaliran udara segar 100 peratus" dalam kabin.

Sebilangan besar anak kapal yang berkhidmat adalah dari kapal Genting Cruise Lines lain yang dikuarantin sejak tiga bulan lalu. Kesemua mereka juga akan menjalani kuarantin wajib 14 hari di darat setibanya kapal itu di Keelung pada 30 Jun.

Genting Cruise Lines menambah proses pemeriksaan kesihatan yang ketat sebelum bertolak dan berlabuh serta langkah-langkah jarak sosial untuk tetamu serta anak kapal juga akan dilaksanakan.

Dua kapal Genting Cruise Lines - SuperStar Aquarius dan SuperStar Gemini - berada di Singapura dan digunakan sebagai penginapan sementara bagi pekerja asing yang sudah pulih daripada COVID-19.

INDUSTRI PESIARAN TERKESAN DEK VIRUS KORONA

Industri pesiaran terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Pada Mac, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) menyatakan jumlah trafik kapal pesiaran di Singapura merosot 52 peratus berbanding setahun lalu sejak permulaan penularan COVID-19 pada 23 Januari.

Dari 23 Januari hingga 9 Mac, menurut STB, Singapura mengendalikan 65 kapal pesiaran yang singgah di sini dengan 156,465 penumpang.  


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan