Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Heng garis 3 bidang tumpuan Majlis Bersama Kerjasama Dua Hala di China

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menggariskan tiga bidang tumpuan apabila beliau mempengerusikan bersama Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) di Chongqing, China yang akan berlangsung pada Selasa (15 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Oct 2019 02:31PM Dikemas Kini : 14 Oct 2019 11:02PM

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menggariskan tiga bidang tumpuan apabila beliau mempengerusikan bersama Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) di Chongqing, China yang akan berlangsung pada Selasa (15 Okt).

Encik Heng membentangkan tema-tema itu dalam satu rencana yang diterbitkan ThinkChina dan Lianhe Zaobao hari ini (14 Okt).

Menurutnya, mesyuarat itu akan menjadi satu peluang untuk mengkaji semula bidang-bidang kerjasama sedia ada, selain memulakan kerjasama dalam bidang-bidang baru.

Beliau merancang untuk menumpukan perhatian kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala antara Singapura dengan China. Ini akan melibatkan projek-projek kerjasama sedia ada dikemas kini bagi memenuhi keperluan yang berubah-ubah. Ia akan sekaligus membuka laluan bagi pemimpin-pemimpin seterusnya untuk meneruskan kerjasama ini.

Pemimpin generasi keempat Singapura bakal menyertai Encik Heng untuk menyelia pelbagai aspek kerjasama dua hala.

Kedua, bidang baru kerjasama perlu dibina selaras dengan landskap semasa.

Beliau menambah, kedua-dua negara akan meneliti bagaimana Singapura boleh menyumbang kepada strategi pembangunan serantau China seperti Inisiatif Bandar Bijak bersama Shenzhen.

Akhir sekali, beliau menjelaskan, kerjasama antara Singapura dan China boleh diperluaskan untuk membina prasarana dan ekonomi serantau.

Sebagai sebuah hab kewangan, Singapura boleh mengukuhkan hubungan kerjasama dalam bidang kewangan antara China, Asia Tenggara dan daerah-daerah Asia lain.

Singapura juga boleh menyokong pertumbuhan syarikat-syarikat China di rantau ini, dan menyumbang kepada perkembangan pasaran modal China.

Mengulas lebih lanjut, Encik Heng berkata Singapura dan China komited untuk mempertahankan sistem dagangan berbilang hala yang terbuka dan berlandaskan peraturan di bawah Perkongsian Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP).  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan