Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Dolar S'pura naik ke paras tertinggi tahun ini berbanding Ringgit

Dolar Singapura terus meningkat berbanding mata wang Malaysia pada Rabu (26 Sep), mencecah paras tertinggi sejauh ini jika dibandingkan dengan mata wang Malaysia itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Dolar S'pura naik ke paras tertinggi tahun ini berbanding Ringgit

(Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 26 Sep 2018 08:33PM Dikemas Kini : 26 Sep 2018 08:39PM

SINGAPURA: Dolar Singapura terus meningkat berbanding mata wang Malaysia pada Rabu (26 Sep), mencecah paras tertinggi sejauh ini jika dibandingkan dengan mata wang Malaysia itu.

Dolar Singapura mencecah RM3.0363 pada Rabu (26 Sep), sebelum turun sedikit kepada RM3.0322 pada lewat tengah hari tadi. Ia adalah paras tertinggi sejak dolar Singapura mencecah RM3.0417 pada 29 Disember tahun lalu.

Menurut para penganalisis, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk kekuatan nilai mata wang Singapura sendiri, keprihatinan politik dan ekonomi di Malaysia dan ketegangan yang memuncak antara Amerika Syarikat dengan China.

Pada masa yang sama, para pelabur tetap prihatin terhadap ketegangan perdagangan yang semakin meruncing antara Amerika Syarikat dengan China, sekali gus menyebabkan mereka menimbangkan aset-aset yang lebih selamat.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan