Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Dolar S'pura melonjak ke paras tertinggi dalam 3 tahun berbanding dolar AS

Dolar Singapura melonjak ke paras paling tinggi dalalam tempoh tiga tahun berbanding dolar Amerika hari ini (25 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Dolar S'pura melonjak ke paras tertinggi dalam 3 tahun berbanding dolar AS

Gambar fail: Wang kertas dolar Singapura. (Gambar: Goh Chiew Tong)

Diterbitkan : 25 Jan 2018 04:15PM Dikemas Kini : 25 Jan 2018 04:17PM

DAVOS, SWITZERLAND: Dolar Singapura melonjak ke paras paling tinggi dalalam tempoh tiga tahun berbanding dolar Amerika hari ini (25 Jan).

Ini setelah Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat Steve Mnuchin berkata beliau mengalu-alukan mata wang Amerika yang lebih lemah.

Sehingga pukul 11.09 pagi tadi, dolar Singapura diperdagangkan pada 1.306 berbanding sedolar Amerika, paling tinggi sejak ia ditutup pada 1.3044 pada 28 November 2014, menurut data Bloomberg.

Komen Encik Mnuchin menyebabkan dolar Amerika merudum dan menegaskan lagi kebimbangan bahawa perang mulut Presiden Amerika Donald Trump ke atas China dan rakan-rakan niaga besar yang lain semakin bertambah runcing. Langkah itu adalah sebahagian daripada agenda 'Mengutamakan Amerika'.

Komen itu juga dilihat oleh pasaran-pasaran saham sebagai berlainan daripada dasar tradisional mata wang Amerika.

Encik Mnuchin mengeluarkan komen itu di Forum Ekonomi Dunia di Davos, di mana para pemimpin dunia yang lain mengkritik apa yang disifatkan sebagai dasar perlindungan Amerika Syarikat.

Rundingan rumit Amerika Syarikat berhubung perdagangan bertentangan dengan pandangan para pemimpin lain, dari India dan Brazil hingga ke Jerman dan Kanada, yang mengusulkan kerjasama dan mengkritik dasar perlindungan.

"Jelas sekali dolar (AS) yang lebih lemah adalah baik untuk kita kerana ia berkaitan dengan perdagangan dan peluang," kata Encik Mnuchin dalam satu taklimat media.

Setiausaha Perdagangan Amerika Wilbur Ross kemudian memberitahu CNBC bahawa rakan sekerjanya itu bukan "menyokong dolar yang lemah", sebaliknya setakat menegakkan pendiriannya.

Ditanya sama ada beliau bimbang ia akan mencetuskan perang perdagangan, Encik Ross berkata: "Perang perdagangan sudah wujud sejak sekian lama, bezanya sekarang adalah Amerika lebih berhati-hati."

Diasak tentang komen Encik Mnuchin, seorang jurucakap Rumah Putih Sarah Sanders berkata dalam satu taklimat harian di Washington: "Kami yakin dengan mata wang yang naik turunnya bergantung kepada pasaran pertukaran mata wang. Presiden juga begitu."

"Mata wang dolar kami amat stabil, sebahagian besarnya disebabkan oleh keadaan ekonomi yang baik sekarang," tambah beliau.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan