Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Dolar S'pura cecah bawah paras RM3 buat pertama kali dalam 4 bulan

Nilai mata wang dolar Singapura mencecah bawah paras RM3 pada Jumaat (8 Feb) buat pertama kali sejak Oktober sedang mata wang Malaysia terus mengukuh.

Anggaran Waktu Membaca:
Dolar S'pura cecah bawah paras RM3 buat pertama kali dalam 4 bulan
Diterbitkan : 08 Feb 2019 07:41PM Dikemas Kini : 08 Feb 2019 07:59PM

SINGAPURA: Nilai mata wang dolar Singapura mencecah bawah paras RM3 pada Jumaat (8 Feb) buat pertama kali sejak Oktober sedang mata wang Malaysia terus mengukuh.

Dolar Singapura merosot ke paras paling rendah hari ini bersamaan RM2.9955, sebelum naik kembali kepada 2.9994, menurut data Bloomberg.

Ini paras paling rendah bagi dolar Singapura berbanding ringgit, sejak mata wang itu mencecah paras RM2.9941 pada 31 Ogos tahun lalu, menurut data Reuters.

Ini juga merupakan pertama kali mata wang ringgit melepasi paras psikologi 3.0 berbanding dolar Singapura sejak 5 Oktober lalu, apabila ia mencatat nilai RM2.9986 berbanding dolar Singapura, menurut data Reuters.

Mata wang Malaysia mengukuh baru-baru ini ekoran minat baru pembelian, menurut seorang peniaga. Namun, para penganalisis berkata mata wang serantau mungkin kembali lemah memandangkan mata wang dolar Amerika (AS$) yang kukuh.

Kebanyakan mata wang negara-negara Asia ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat pada Jumaat, terjejas oleh keraguan tentang sama ada Amerika Syarikat dan China dapat mencapai perjanjian dagang sebelum tarikh akhir 1 Mac dan unjuran diturunkan bagi pertumbuhan ekonomi global.

Pasaran-pasaran yang menantikan kemajuan dalam rundingan dagangan Amerika-China hampa apabila Presiden Donald Trump mengumumkan beliau tidak berhasrat untuk bertemu dengan pemimpin China Xi Jinping sebelum tarikh akhir untuk mencapai kata sepakat.

Suruhanjaya Eropah turut menurunkan jangkaan pertumbuhan ekonomi eurozon bagi dua tahun mendatang, akibat ketegangan dagangan dan cabaran di rantau itu, menambah lagi kebimbangan berhubung pertumbuhan sejagat yang perlahan.

"Mata wang euro dan paun Britain terus melemah akibat prestasi Eurozon dan kebuntuan Brexit yang berterusan. Ini mungkin merebak ke perdagangan Asia," menurut penganalisis kanan pasaran OANDA Jeffrey Halley.

Sumber : CNA/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan