Images
  • design orchard
    Design Orchard yang terletak di persimpangan Orchard Road dan Cairnhill Road.

Design Orchard tampilkan 61 jenama tempatan

SINGAPURA: Jenama tempatan baru sedang digilap untuk berjaya di persada global.

Ini apabila Design Orchard, ruang runcit dua setengah tingkat membuka pintunya pada 25 Januari ini.

Design Orchard akan menampilkan 95 peratus jenama dan juga sebahagian daripada usaha untuk merubah Orchard Road kepada destinasi gaya hidup.

PUSAT SEHENTI PRODUK SINGAPURA

Design Orchard adalah pusat sehenti yang memaparkan produk-produk buatan Singapura.

Menempatkan 61 jenama tempatan, 58 daripadanya sama ada adalah baru atau sudah berada di pasaran kurang 10 tahun.

Ia dipilih daripada lebih 100 penyertaan semasa tawaran dibuka untuk pereka diadakan setahun lalu.

Produk-produk kecantikan dan kesihatan, makanan serta perhiasan rumah juga ada.

Kebanyakan produk yang ditampilkan tertumpu kepada fesyen.

Jenama-jenama tersebut dipilih berdasarkan keunikan, cerita di sebalik jenama itu dan juga daya tarikannya.

Selain para pelancong ia juga berharap dapat menarik warga tempatan.

PENDEDAHAN CABARAN UTAMA JENAMA TEMPATAN

Salah satu jenama yang akan dipaparkan adalah Qlothè, jenama pakaian wanita yang bertapak sejak empat tahun lalu.

Pengasasnya berharap wadah tersebut akan memberi pendedahan - iaitu cabaran utama bagi jenama-jenama baru.

Wadah tersebut juga akan mengendalikan program pendamping dengan pengusaha mapan.

Design Orchard juga akan mempunyai ruang inkubator berkaitan fesyen, The Cocoon di tingkat dua dan amfiteater terbuka untuk orang ramai. 

- CNA/NU/tq

Top