Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Dell labur S$65 juta dalam pusat R&D di S'pura

Syarikat gergasi teknologi Dell melabur lebih S$65 juta bagi pusat kajian dan pengembangan R&D di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Feb 2021 06:42PM Dikemas Kini : 22 Feb 2021 11:41PM

SINGAPURA: Syarikat gergasi teknologi Dell melabur lebih S$65 juta bagi pusat kajian dan pengembangan R&D di Singapura.

Lebih 160 pekerjaan akan tercipta dengan pelaburan tersebut.

Ia merupakan antara syarikat-syarikat global yang terus menyalurkan dana ke sini di tengah-tengah pandemik, bagi membantu mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai hab teknologi dan inovasi global.

Aplikasi bijak menggunakan realiti maya atau AR, membimbing para pengguna bagi menyenggara atau membaiki peranti Dell.

Ia menjimatkan masa para pengguna apabila bantuan tidak boleh didapatkan segera.

Ia merupakan antara huraian yang memanfaatkan teknologi terkini bagi meningkatkan pengalaman pengguna.

Itulah bidang yang bakal diberikan tumpuan di hab teknologi dan inovasi Dell di sini.

Menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing, pelaburan Dell itu tepat pada masanya, sejajar dengan usaha Singapura bangkit lebih kukuh daripada pandemik sekarang.

Hab itu tambah Encik Chan, akan membantu menjadi pemangkin dan memacu inovasi serta meningkatkan kerjasama antara Dell dengan para pemain tempatan dalam membangunkan sistem eko teknologi tempatan.

Pemerintah katanya akan terus menyokong serta melabur dalam keupayaan dan keputusan Dell untuk membuka habnya di sini, membuktikan tentang kelebihan Singapura.

Dell merancang mengambil 160 pekerjaan rekaan dan pakar strategi untuk memacu program-program R&D.

Sebanyak 75 peratus kerja kosong yang ditawarkan Dell telahpun dipenuhi dan ia menjangka dapat memenuhi semua jawatan itu, menjelang hujung tahun ini.

Sumber : CNA/AA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan