Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Deliveroo tawar saham S$92.8 juta kepada pelanggan; lancar dana bagi pekerja

Deliveroo menyatakan saham bernilai £50 juta (S$92.8 juta) akan diperuntukkan bagi para pelanggan dalam tawaran awal saham syarikat itu di bursa London.

Anggaran Waktu Membaca:
Deliveroo tawar saham S$92.8 juta kepada pelanggan; lancar dana bagi pekerja

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 07 Mar 2021 03:26PM Dikemas Kini : 07 Mar 2021 03:28PM

LONDON: Deliveroo menyatakan saham bernilai £50 juta (S$92.8 juta) akan diperuntukkan bagi para pelanggan dalam tawaran awal saham syarikat itu di bursa London.

Syarikat penghantaran makanan yang disokong Amazon itu pada Khamis (4 Mac) mengumumkan rancangan untuk disenaraikan di bursa London, dengan nilai saham sebanyak AS$7 bilion (S$9.3 bilion), menjadikannya tawaran saham terbesar di Britain selama tiga tahun.

Pengasas dan ketua eksekutif syarikat itu Will Shu berkata pelanggan Deliveroo telah menyokong pertumbuhan syarikat itu dan beliau ingin memberi mereka peluang untuk sama-sama ikut sama dalam perjalanan syarikat itu seterusnya.

DANA TERIMA KASIH

Sehubungan itu, syarikat itu akan melancarkan program ganjaran sebanyak £16 juta (S$29.7 juta) pada hari yang sama sebagai memberikan penghargaan terhadap peranan pekerja penghantaran makanan dalam kejayaannya.

Dana Terima Kasih itu diagihkan kepada semua pekerja penghantaran di kesemua 12 pasaran Deliveroo bergantung pada jumlah penghantaran yang dibuat.

"Jumlah bayarannya sebanyak S$18,500, S$1,850, S$925, dengan semua pekerja penghantaran yang sudah berkhidmat dengan Deliveroo sekurang-kurangnya setahun dan selesai melakukan 2,000 penghantaran akan menerima S$370," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan media.

Bayaran akan dikira berdasarkan jumlah penghantaran yang dibuat dengan bayaran paling banyak diberikan kepada pekerja yang melakukan jumlah penghantaran paling tinggi bagi setiap pasaran.

Peratusan pekerja yang layak bagi setiap ganjaran adalah konsisten bagi setiap pasaran, tambahnya.

Purata bayaran yang akan diberikan kepada setiap pekerja yang layak adalah S$815, manakala ratusan pekerja penghantaran Deliveroo yang aktif di seluruh dunia dijangka menerima bayaran tertinggi iaitu sebanyak S$18,500, menurut Deliveroo.

"Pekerja penghantaran kami adalah nadi perniagaan kami dan kami mahu memberi mereka ganjaran kerana mendukung pertumbuhan Deliveroo," kata Encik Shu.

"Sepanjang tahun lalu, pekerja penghantaran kami telah membantu melakukan lebih daripada hanya menghantar makanan, dengan memberi sokongan kepada perniagaan dan membolehkan individu mudah terjejas atau mereka yang menjalani pengasingan kekal selamat di rumah sepanjang pandemik yang melanda seluruh dunia. Kami berbesar hati dapat mengucapkan terima kasih kepada mereka." 

Sumber : CNA/REUTERS/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan