Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

DBS ramal ekonomi 2019 tumbuh perlahan, pasaran kian tidak menentu

Pertumbuhan ekonomi yang perlahan dijangka berterusan ke tahun 2019 dan akan menjejas prestasi pasaran saham yang akan mengalami turun-naik perniagaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Jan 2019 08:10PM Dikemas Kini : 04 Jan 2019 09:40PM

SINGAPURA: Pertumbuhan ekonomi yang perlahan dijangka berterusan ke tahun 2019 dan akan menjejas prestasi pasaran saham yang akan mengalami turun-naik perniagaan.

Demikian menurut laporan suku pertama bank DBS mengenai ramalan pelaburan tahun ini (4 Jan).

Menurut laporan itu, sungguhpun pasaran saham diramalkan lemah, DBS tidak menjangkakan pasaran akan merudum.

Ini disebabkan keuntungan syarikat yang positif, jurang keuntungan yang semakin mengecil antara pasaran saham dengan bon serta risiko yang rendah berlakunya kelembapan ekonomi.

Dalam laporan itu juga, DBS menyatakan ia lebih cenderung kepada pelaburan pasaran saham berbanding bon dalam suku pertama tahun ini, terutama saham-saham Amerika dan Asia kecuali Jepun.

Mengenai pelaburan emas, DBS menyifatkannya sebagai sederhana, dengan harga dijangka kembali cergas dalam suku pertama. 

Sumber : CNA/SS/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan