Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

DBS raih untung S$1.7b pada suku ke-3, naik 31%

DBS Group menjangkakan keuntungan sebelum elaun yang lebih tinggi tahun depan selepas bank terbesar di Asia Tenggara itu mengatasi jangkaan pasaran dengan mencatatkan kenaikan 31 peratus dalam keuntungan bersih suku tahunannya, lapor Reuters.

Anggaran Waktu Membaca:
DBS raih untung S$1.7b pada suku ke-3, naik 31%

(Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 05 Nov 2021 08:49AM Dikemas Kini : 05 Nov 2021 08:59AM

SINGAPURA: DBS Group menjangkakan keuntungan sebelum elaun yang lebih tinggi tahun depan selepas bank terbesar di Asia Tenggara itu mengatasi jangkaan pasaran dengan mencatatkan kenaikan 31 peratus dalam keuntungan bersih suku tahunannya, lapor Reuters. Ini dicapai melalui pertumbuhan dalam pendapatan yuran dan mutu aset yang bertambah baik.

Prestasi lebih baik yang diumumkan pada Jumaat (5 Nov) itu sejajar dengan laporan suku tahun lebih kukuh bagi bank-bank Singapura seperti OCBC dan United Overseas Bank, yang mana pemberi pinjaman sedunia mengukuhkan pemulihan mereka dalam pasaran yang terjejas oleh pandemik COVID-19 dan di tengah-tengan kegiatan ekonomi yang semakin baik.

"Kadar faedah yang kembali ke tahap biasa secara berperingkat-peringkat pada suku-suku mendatang akan menambah pendapatan," kata Ketua Pegawai Eksekutif DBS Piyush Gupta dalam satu kenyataan yang dipetik Reuters.

"Mutu aset terus berdaya tahan dan elaun keseluruhan berkemungkinan kekal rendah," tambah beliau.

DBS melaporkan keuntungan bersih sebanyak S$1.7 bilion bagi tempoh tiga bulan antara Julai dengan September berbanding S$1.30 bilion pada tahun sebelumnya, naik 31 peratus. Empat penganalisis sebelum ini meramalkan purata, DBS akan meraih keuntungan bersih S$1.57 bilion seperti dikumpulkan oleh Refinitiv.

Bank itu meraih semula kredit elaun S$70 juta pada suku tersebut sekali gus membantu meningkatkan keuntungan berbanding caj kredit sebanyak S$554 juta yang dicatatkan setahun lalu.

Laba sebelum elaun jatuh 7 peratus kepada S$1.89 bilion pada suku ketiga itu. Perbezaan faedah bersih DBS, kunci utama untuk mengukur keuntungan, merosot kepada 1.43 peratus berbanding 1.53 peratus setahun lalu.

Singapura, yang bangkit semula daripada kegawatan ekonomi tahun lalu, mula membuka semula sempadannya dengan 84 peratus penduduk sudahpun lengkap divaksin terhadap COVID-19.

Ekonomi negara dijangka tumbuh 6 hingga 7 peratus pada tahun ini.

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan