Images
  • upta
    (Gambar: DBS)

DBS dinobat bank terbaik; juga yang pertama di dunia raih 3 anugerah paling berprestij

SINGAPURA: Bank DBS dari Singapura adalah yang pertama di Asia dinobatkan sebagai bank terbaik di dunia oleh majalah Euromoney yang diterbitkan di Britain.

Anugerah tersebut diberikan pada Rabu (10 Jul), sekaligus menambah jumlah anugerah "terbaik" yang diraih oleh DBS.

Tahun lalu, bank itu dinobat sebagai bank digital terbaik oleh Euromoney, sekaligus mengulangi kejayaannya pada 2016.

Ia juga memenangi Anugerah Bank Terbaik oleh majalah Amerika Syarikat, Global Finance, pada Ogos lalu dan Anugerah Bank Terbaik 2016 yang dianugerahi oleh The Banker, penerbitan Financial Times, pada November tahun lalu.

Encik Clive Horwood, editor Euromoney, dalam satu kenyataan media berkata: "DBS dipilih bagi angerah-anugerah kami kerana ia benar-benar mencerminkan ciri-ciri bank masa kini.

Pemenang-pemenang lalu bagi anugerah bank terbaik dunia termasuk Bank of America, Citi, UBS dan BNP Paribas.

Ketua Pegawai Eksekutif DBS Encik Piyush Gupta berkata bahawa bank Singapura itu adalah yang pertama di dunia yang berjaya memenangi antara tiga anugerah bank paling berprestij di dunia. 

- TODAY/NA/na

Top