Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Dana SRS boleh diguna labur dalam Bon Simpanan S'pura

Para pelabur boleh melabur dalam Bon Simpanan Singapura menggunakan Skim Persaraan Tambahan (SRS) mulai Februari depan. Had individu bagi pelaburan dalam bon akan dinaikkan kepada S$200,000, seganda daripada had S$100,000 yang ada sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Dec 2018 10:06PM Dikemas Kini : 17 Dec 2018 10:12PM

SINGAPURA: Para pelabur boleh melabur dalam Bon Simpanan Singapura menggunakan Skim Persaraan Tambahan (SRS) mulai Februari depan.

Had individu bagi pelaburan dalam bon akan dinaikkan kepada S$200,000, seganda daripada had S$100,000 yang ada sekarang.

Menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) permohonan boleh dibuat menerusi portal-portal perbankan internet oleh pengendali SRS seperti DBS, Bank OCBC dan UOB.

Permohonan minimum adalah S$500, sama dengan permohonan wang tunai, dengan bayaran transaksi sebanyak S$2.

Kira-kira S$3.7 bilion pelaburan dari hampir 100,000 individu diterima sejak pelancaran program SSB kira-kira tiga tahun lalu.

MAS juga akan melancarkan portal Bon Simpanan Singapura pada Mac depan untuk para pelabur menyemak pelaburan SSB mereka. 

Sumber : CNA/NU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan