Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Dana Global bantu pesakit HIV/AIDS di ASEAN

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan pemerintah (NGO) antarabangsa, (RED), bagi mengumpul dana untuk membantu para pesakit AIDS di rantau ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Dana Global bantu pesakit HIV/AIDS di ASEAN

Pesawat AirAsia. (Gambar fail: Charles Platiau/Reuters)

Diterbitkan : 14 Nov 2018 07:48AM Dikemas Kini : 14 Nov 2018 07:51AM

SEPANG: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan pemerintah (NGO) antarabangsa, (RED), bagi mengumpul dana untuk membantu para pesakit AIDS di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes berkata hasil kutipan dana yang diperolehi daripada jualan promosi tempat duduk percuma yang sedang berlangsung sekarang ini serta pelbagai promosi lain yang bakal dilancarkan tahun depan akan disalurkan ke dalam Dana Global bagi menyokong program HIV/AIDS di ASEAN.

"Bagi setiap tempat duduk yang dijual di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dalam tempoh 24 jam bermula Selasa (13 Nov) hingga tengah hari Rabu (14 Nov), AirAsia akan menderma AS$0.20 ($0.30) untuk menanggung keperluan rawatan antiretroviral harian pesakit HIV/AIDS ini.

"Selain itu, kami juga akan bekerjasama dengan sebuah syarikat label muzik antarabangsa, 88Rising, bagi melancarkan sebuah pesta muzik dan seni pada tahun hadapan untuk meningkatkan sikap positif dan kesedaran terhadap penyakit ini," katanya semasa mengumumkan kerjasama itu pada Isnin (12 Nov), seperti yang dipetik oleh Astro Awani.

Encik Fernandes menambah bahawa kerjasama global itu bermatlamat menerajui peluang baru bagi para pesakit HIV/AIDS. Ia juga bertujuan menyebarkan mesej positif serta membawa arus perubahan di ASEAN.

Astro Awani turut menukil beliau sebagai berkata: “Ini hanya titik permulaan, dan kami mempunyai lebih banyak rancangan bersama (RED) dengan sokongan daripada 88rising, untuk meluaskan rangkaian di rantau ini."

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (RED) Deborah Dugan berkata pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan sebuah jenama yang kreatif dan inovatif seperti AirAsia.

“AirAsia sebuah jenama pilihan ramai dan mereka komited untuk membawa perubahan ketara di Asia Tenggara. Justeru, kami percaya kerjasama (AirAsia)RED ini dapat membawa kesedaran terhadap AIDS ke tahap yang baru,” kata Cik Deborah.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 88rising, Sean Miyashiro, pula mengatakan bahawa pesta muzik dan seni ASEAN itu dapat mendorong orang ramai supaya sama-sama berganding bahu untuk menyelamatkan nyawa pesakit HIV.

“Kami akan bersama-sama menjana idea yang kreatif untuk menghasilkan pengalaman unik sambil mewujudkan kesedaran dan penglibatan besar-besaran buat penonton para penonton di peringkat global,” katanya, seperti dipetik Astro Awani. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan