Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Daikin beli SME tempatan BMS Engineering dengan harga hampir S$13 juta

 Kepakaran teknikal syarikat tempatan, BMS Engineering dalam sistem kawalan bijak dan analisis data cukup menarik perhatian syarikat pembuat mesin penghawa dingin, Daikin.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Nov 2019 08:50PM Dikemas Kini : 26 Nov 2019 09:08PM

SINGAPURA: Kepakaran teknikal syarikat tempatan, BMS Engineering dalam sistem kawalan bijak dan analisis data cukup menarik perhatian syarikat pembuat mesin penghawa dingin, Daikin.

Hasilnya, syarikat sistem pengurusan bangunan tempatan itu diambil alih oleh Daikin dengan harga hampir S$13 juta.

Pemerolehan BMS Engineering berlaku sedang para pemilik bangunan berterusan mencari cara-cara untuk mengoptimumkan kecekapan tenaga.

Daikin menyatakan, pemerolehan itu akan memperluaskan lagi julat kebolehannya dalam sistem-sistem pengurusan bangunan.

Ia juga mampu menyediakan lebih maklumat mengenai penggunaan tenaga para pelanggannya.

Singapura sudah meletakkan sasaran untuk pentauliahan sekurang-kurangnya 80% bangunan di sini di bawah Skim Tanda Hijau Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), menjelang 2030. 

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan