Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Cycle & Carriage cebur bidang sewa kereta, jalin kerjasama dengan Go-Jek

Cycle & Carriage Singapore mengumumkan pada Khamis (25 Julai) syarikat itu mengembangkan perniagaannya ke segmen sewa kereta, sebagai tindak balas kepada perubahan pada permintaan dan persaingan pasaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Cycle & Carriage cebur bidang sewa kereta, jalin kerjasama dengan Go-Jek

(Gambar: Cycle & Carriage)

Diterbitkan : 25 Jul 2019 11:16PM Dikemas Kini : 25 Jul 2019 11:20PM

SINGAPURA: Cycle & Carriage Singapore mengumumkan pada Khamis (25 Julai) syarikat itu mengembangkan perniagaannya ke segmen sewa kereta, sebagai tindak balas kepada perubahan pada permintaan dan persaingan pasaran.

Cabang baru perniagaan sewa Cycle & Carriage itu akan menyediakan pelbagai pilihan daripada sewa harian hingga sewa jangka panjang sehingga tiga tahun, menurut kumpulan automotif tersebut dalam kenyataannya.

Cabang perniagaan sewa itu akan membawa jenama-jenama termasuk Kia Cerato, Kia Stonic, Kia Niro Hybrid dan Mitsubishi Attrage. Harga sewa bermula pada S$57 sehari.

Sebagai sebahagian daripada rancangan itu, Cycle & Carriage akan menyewakan kereta kepada pemandu khidmat kereta sewa privet. Ia juga akan menyewa dan menguruskan kumpulan kereta untuk pelanggan korporat dan pemain industri perkongsian pengangkutan, bermula dengan kerjasama dengan pengendali kereta Go-Jek.

Pemandu kereta sewa privet yang memilih untuk menyewa langsung daripada Cycle & Carriage boleh memanfaatkan sokongan "sehenti" serta akses kepada khidmat rangkaian penyenggaraan kereta yang lebih pantas, menurut kenyataan syarikat itu lagi.

"Pengetahuan mendalam kami dalam industri automotif serta rangkaian yang meluas menempatkan Cycle & Carriage Singapore di kedudukan sesuai untuk bersedia bagi pasaran mobiliti yang pesat berkembang dan kekal berdaya saing dengan memenuhi keperluan pelanggan kami," kata pengarah urusan Cycle & Carriage Singapore, Eric Chan.

"Perniagaan sewa kereta adalah perkembangan dan peluasan perniagaan terkini buat Cycle & Carriage Singapore. Ia mencerminkan iltizam kami untuk mendahului pasaran dan kekal berdaya bersaing dalam industri automotif dengan bertindak balas secara dinamik terhadap permintaan pasaran yang berubah-ubah. "

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan