Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Cuma tinggal lagi 61 kapal tunggu giliran lalui Terusan Suez

Cuma tinggal lagi 61 kapal tunggu giliran lalui Terusan Suez.

Anggaran Waktu Membaca:
Cuma tinggal lagi 61 kapal tunggu giliran lalui Terusan Suez

Sebuah kapal kontena melalui Terusan Suez, 31 Mac 2021. (Gambar: Penguasa Terusan Suez/Handout via REUTERS

Diterbitkan : 03 Apr 2021 08:39AM Dikemas Kini : 03 Apr 2021 08:41AM

KAHERAH: Terusan Suez pada Jumaat (2 Apr) menyatakan bahawa ia hampir selesai menguruskan kapal-kapal yang terkandas di sana setelah sebuah kapal kontena raksasa tersendat di laluan terusan tersebut.

Pengerusi Penguasa Terusan Suez (SCA) Osama Rabbie memberitahu Extra News TV Mesir bahawa 61 kapal masih menunggu giliran untuk melalui terusan tersebut hari ini (3 Apr).

Jumlah itu berkurangan daripada 422 yang beratur panjang semasa kapal Ever Given akhirnya berjaya diapungkan semula pada Isnin (29 Mac).

Sekitar 80 kapal melalui terusan itu di kedua-dua hala semalam, termasuk kapal yang membawa jet-jet Amerika Syarikat, kapal tangki gas asli cecair dan kapal tangki minyak, menurut SCA dalam kenyataannya.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan