Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

COVID-19: Syarikat penerbangan mungkin kerugian S$7 bilion

Penularan wabak COVID-19 mungkin menyebabkan syarikat penerbangan global menanggung kerugian sehingga AS$5 bilion (S$7 bilion).

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Syarikat penerbangan mungkin kerugian S$7 bilion

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Feb 2020 07:18PM Dikemas Kini : 14 Feb 2020 07:21PM

MONTREAL: Penularan wabak COVID-19 mungkin menyebabkan syarikat penerbangan global menanggung kerugian sehingga AS$5 bilion (S$7 bilion).

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) berkata hari ini (14 Feb) 70 syarikat penerbangan sudah membatalkan penerbangan masuk dan keluar China manakala 50 lagi syarikat mengurangkan operasi mereka.

Anggaran awal menunjukkan, ini bermakna pengurangan sekitar 20 juta penumpang berbanding unjuran sebelum ini bagi suku pertama 2020.

Agensi yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata ia mungkin mengakibatkan kehilangan pendapatan sehingga S$7 bilion.

COVID-19, sudah mengorbankan hampir 1,400 orang dan menjangkiti lebih 64,600 pesakit di China. Ia kini menular di lebih 25 negara dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkannyakecemasan kesihatan bulan lalu.

"Sebelum berlakunya penularan virus itu, syarikat penerbangan merancang untuk menambah kapasiti sebanyak sembilan peratus bagi laluan antarabangsa masuk dan keluar China bagi suku pertama 2020 berbanding 2019," menurut ICAO dalam satu kenyataan.

Namun, hakikatnya, jumlah kapasiti penerbangan sudah berkurangan sehingga 80 peratus dengan Jepun antara negara paling teruk terjejas, diikuti Thailand.

ICAO menyatakan kesan daripada virus COVID-19 ke atas perusahaan penerbangan dijangka lebih besar berbanding wabak SARS 2002-2003 kerana pembatalan penerbangan yang lebih meluas kali ini.

Britain, Jerman, Amerika Syarikat, Jepun dan beberapa lagi sudah mengeluarkan nasihat untuk menunda semua perjalanan ke China. 

Sumber : AFP/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan