Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

COVID-19 harus jadi pemangkin pergiat transformasi digital: Chan Chun Sing

Krisis COVID-19 boleh menjadi pemangkin untuk mempergiat transformasi digital.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19 harus jadi pemangkin pergiat transformasi digital: Chan Chun Sing

(Gambar: Facebook/Chan Chun Sing)

Diterbitkan : 22 Sep 2020 07:03PM Dikemas Kini : 22 Sep 2020 07:08PM

SINGAPURA: Krisis COVID-19 boleh menjadi pemangkin untuk mempergiat transformasi digital.

Menteri Perniagaan dan Perusahaan Chan Chun Sing juga menggesa syarikat-syarikat agar "tidak mensia-siakan krisis ini".

Beliau berkata firma-firma yang mendakap teknologi bukan sahaja dapat terus bertahan namun juga berkembang.

Usaha syarikat penjual minyak wangi SIX menghubungkan wadah e-dagang dengan saluran media sosial miliknya berjaya meningkatkan jualannya sebanyak 70 peratus.

Syarikat itu juga sedang berusaha untuk memberi para pelanggan pengalaman lebih menarik semasa membeli minyak wanginya.

Ia merancang melancarkan sebuah robot kecerdasan buatan (AI) tahun depan untuk memahami personaliti pelanggan bagi mencadangkan wangian yang sesuai.

Firma itu merupakan dalam kalangan 15,000 perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang menerima Geran Meningkatkan Daya Penghasilan.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing percaya usaha pendigitalan seperti ini boleh memacu pemulihan ekonomi dan mentakrifkan semula daya saing Singapura.

Berucap di Persidangan dan Pameran Ekonomi Masa Hadapan, Encik Chan memahami cabaran yang dicetuskan transformasi digital.

Namun, beliau menegaskan bahawa perniagaan dan rakyat perlu menyesuaikan diri dan bukan menunggu sehingga selepas COVID-19.

Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mahu terus membantu syarikat-syarikat SME menggunakan wadah digital antara syarikat-syarikat seperti e-invois.

Firma-firma juga digesa memanfaatkan Perjanjian Ekonomi Digital Singapura untuk beroperasi dengan lancar merentasi sempadan.

Perjanjian seumpamanya dengan Chile, New Zealand dan Australia sudah berkuatkuasa dan perundingan sedang dijalankan dengan Korea Selatan.

Usaha pendigitalan di negara ini akan juga mewujudkan lebih 18,000 pekerjaan teknologi infokom dan pelbagai peluang lain dalam sektor itu.

5,500 rakyat Singapura akan dilatih untuk mengisi peluang pekerjaan itu seperti pemasaran digital, kejuruteraan sofwe dan keselamatan siber. 

Sumber : CNA/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan