Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

ComfortDelGroTaxi lanjutkan pelepasan sewa harian bagi pemandu hingga Sep

Demi membantu pemandu mengharungi keadaan COVID-19, pengendali teksi ComfortDelGro Taxi akan melanjutkan pelepasan sewa harian kepada pemandunya sehingga September, satu langkah yang mengakibatkan syarikat itu mencatat kerugian, umumnya pada Isnin (30 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
ComfortDelGroTaxi lanjutkan pelepasan sewa harian bagi pemandu hingga Sep

Gambar fail teksi ComfortDelGro.

Diterbitkan : 30 Mar 2020 05:40PM Dikemas Kini : 31 Mar 2020 12:31AM

SINGAPURA: Demi membantu pemandu mengharungi keadaan COVID-19, pengendali teksi ComfortDelGro Taxi akan melanjutkan pelepasan sewa harian kepada pemandunya sehingga September, satu langkah yang mengakibatkan syarikat itu mencatat kerugian, umumnya pada Isnin (30 Mac).

Pemandu teksi ComfortDelGro menerima sejumlah S$46.50 dalam bentuk bantuan sewa bagi setiap teksi sehari. Ia terdiri daripada S$36.50 dari syarikat itu dan dan S$10 lagi dari Dana Bantuan Khas (SRF) Pemerintah.

Jumlah bantuan dari syarikat itu pada awalnya sepatut dikurangkan secara beransur-ansur pada bulan April dan Mei.

"Namun, dengan keadaan ekonomi yang semakin buruk dan langkah COVID-19 yang dipertingkatkan, menjadikannya amat penting bagi lebih banyak bantuan dihulurkan kepada pemandu," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

Maka itu, ComfortDelGro akan memadankan jumlah SRF sebanyak S$10 sehingga September dan, bergantung pada keadaan semasa, juga melanjutkan pelepasan tambahan S$26.50 setiap hari hingga waktu itu juga.

Ini bermakna, para penyewa boleh menerima S$46.50 bagi setiap teksi sehari dalam bentuk pelepasan sewa mulai sekarang hingga akhir bulan September jika keadaan ekonomi tidak beransur baik, kata syarikat itu.

Langkah itu dijangka menelan belanja S$80 juta bagi syarikat itu, yang akan menyebabkannya mencatat kerugian setahun penuh buat pertama kali, tambah ComfortDelgro Taxi.

CEO ComfortDelGro Taxi Encik Ang Wei Neng, berkata: "Keutamaan kami adalah memastikan pemandu kami dapat terus menyara hidup mereka. Bilangan pelancong yang berkurangan secara mendadak, bertambahnya orang yang bekerja dari rumah, langkah-langkah yang lebih ketat untuk menyekat jumlah orang di pusat-pusat beli-belah dan restoran serta penutupan tempat-tempat hiburan malam, membawa kesan besar terhadap para pemandu kami.

"Ia tidak pernah berlaku. Pemandu kami adalah sebahagian daripada keluarga ComfortDelGro dan kami mahu membantu mereka terus mencari nafkah."

Selain bantuan pelepasan sewa, ComfortDelGro juga akan menyalurkan kepada pemandu teksi semua penjimatan yang akan diraihnya daripada yuran lesen yang dikecualikan serta S$2,200 yang diberikan oleh Pemerintah bagi setiap teksi yang tidak disewakan.

Ini akan dilakukan dengan mengetepikan levi panggilan sehingga September, selain S$1,000 sebulan yang diberikan Pemerintah kepada pekerja persendirian sepanjang tempoh sembilan bulan akan datang, kata syarikat itu.

Langkah itu dibuat selepas Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata pada Ahad bahawa pemandu teksi dan pemandu kereta sewa privet (PHC) kini boleh membantu membuat penghantaran barangan runcit dan makanan untuk membantu mengatasi kekurangan slot penghantaran, sedang Pemerintah menggalakkan orang ramai memesan makanan dan barangan runcit secara online dan tidak keluar rumah.

Ini juga akan membantu pemandu sedemikian untuk menambah pendapatan mereka, tambah menteri itu


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan