Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

ComfortDelGro peroleh syarikat bas Australia Tullamarine pada harga S$32 juta

ComfortDelGro akan memperolehi syarikat bas Australia Tullamarine Bus Lines pada harga A$32.2 juta (S$32.7 juta).

Anggaran Waktu Membaca:
ComfortDelGro peroleh syarikat bas Australia Tullamarine pada harga S$32 juta

(Gambar: ComfortDelGro)

Diterbitkan : 12 Apr 2018 09:53PM Dikemas Kini : 12 Apr 2018 10:02PM

SINGAPURA: ComfortDelGro akan memperolehi syarikat bas Australia Tullamarine Bus Lines pada harga A$32.2 juta (S$32.7 juta).

Ini diumumkan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (12 Apr).

Pembelian itu akan dilakukan menerusi anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh ComfortDelGro, CDC Victoria, yang sudahpun mengendalikan 81 khidmat bas awam di kawasan luar bandar bahagian barat dan timur Melbourne serta Ballarat dan Geelong.

Dengan pemerolehan Tullamarine, ComfortDelGro akan "memperkukuhkan lagi" kehadirannya di Victoria, Australia, menurut kenyataan itu lagi.

Tullamarine Bus Lines, syarikat milik sebuah keluarga, mengendalikan tujuh laluan bas di bawah kontrak dengan Pengangkutan Awam Victoria dan terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Tullamarine Melbourne di barat laut Metropolitan Melbourne.

"Pemerolehan Tullamarine Bus Lines adalah langkah strategik untuk menyepadukan operasi kami di barat laut Melbourne," kata Pengarah Urusan ComfortDelGro, Yang Ban Seng, yang juga CEO Kumpulan.

"Kawasan itu mempunyai jumlah penduduk yang bagus dengan banyak pembangunan baru sedang diusahakan. Pertumbuhan berterusan Lapangan Terbang Tullamarine juga memperkukuh permintaan bagi khidmat pengangkutan awam di sana."

CEO CDC Victoria, Nicholas Yap menambah: "Kami mahu terus menyediakan khidmat bas lebih cekap kepada masyarakat yang menggunakan khidmat kami."

Kali pertama ComfortDelGro menembusi pasaran Australia adalah pada tahun 2005, apabila ia membeli perniagaan dan aset Westbus Group, pengendali terbesar bas di New South Wales.

Ia kemudian meluaskan rangkaiannya ke Victoria pada tahun 2009 menerusi pemerolehan syarikat-syarikat bas Victoria milik Perbadanan Kefford.

Awal minggu ini, syarikat pengangkutan Singapura itu mengumumkan perjanjian bernilai S$30.2 juta untuk memperluas perniagaannya menembusi khidmat pengangkutan pesakit di Australia.

Ia juga mengumumkan pemerolehan aset khidmat bas sewa privet Singapura, AZ Bus pada harga S$10.25 juta.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan