Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

ComfortDelGro beli lagi 200 teksi; bilangan pemandu kian meningkat

ComfortDelGro Taxi bakal menambah 200 kereta hibrid Hyundai Ioniq, sekaligus meningkatkan jumlah teksi kepada hampir 13,000 secara keseluruhannya, menurut syarikat berkenaan dalam satu kenyataan media hari ini (7 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 May 2018 03:22PM Dikemas Kini : 08 May 2018 12:29AM

SINGAPURA: ComfortDelGro Taxi bakal menambah 200 kereta hibrid Hyundai Ioniq, sekaligus meningkatkan jumlah teksi kepada hampir 13,000 secara keseluruhannya, menurut syarikat berkenaan dalam satu kenyataan media hari ini (7 Mei).

Ini merupakan penambahan pertama dalam tempoh hampir satu tahun setengah, dedah ComfortDelGro.

Kumpulan teksi pertama akan tiba pada Jun ini dan akan disewakan dengan serta-merta kepada 'bakal penyewa yang semakin meningkat,' menurut ComfortDelGro.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ComfortDelGro Taxi, Encik Ang Wei Neng berkata: "Kami lihat keadaan bertambah baik baru-baru ini dengan semakin ramai pemandu yang berpindah dari kereta sewa kerana mendapati bahawa memandu teksi lebih stabil.

"Pada masa yang sama, kami juga menyaksikan lebih ramai pemandu baru yang menyertai kami dan mendapatkan Lesen Vokasional Pemandu Teksi. Kami sudah berhenti menggantikan teksi lama buat sementara waktu ini tetapi permintaan kian meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini, lantas kami memutuskan untuk menempah teksi baru."

Kali terakhir ComfortDelGro membuat tempahan adalah bagi sebanyak 1,050 teksi pada Disember 2016.

Bulan ini, ComfortDelGro Taxi mengambil hampir 300 penyewa baru, naik seganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menurut syarikat itu. Selain itu, syarikat tersebut juga menyatakan bahawa para pemandu menerima tempahan 9 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Dengan pembelian terbaru itu, bahagian pasaran ComfortDelGro adalah sekitar 60 peratus. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan