Images
  • coe
    Gambar: TODAY

COE rata-rata lebih tinggi dalam bidaan terbaru

SINGAPURA: Premium bagi Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) rata-rata ditutup lebih tinggi dalam bidaan terkini pada Jumaat (8 Feb).

Bagi kereta dalam Kategori A, atau 1,600cc dan ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premium COE ditutup pada harga S$25,689, turun dari S$26,170 dalam bidaan sebelumnya.

Premium-premium untuk kereta lebih besar dan berkuasa tinggi dalam Kategori B menokok sedikit daripada S$33,989 ke S$34,509.

COE bagi kenderaan komersil termasuk kenderaan muatan dan bas ditutup pada paras S$26,378, naik sedikit berbanding S$26,230 dalam bidaan sebelumnya.

Premium COE motosikal ditutup pada harga S$3,709, naik daripada S$2,889 dalam bidaan sebelum ini.

COE bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan, tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, ia naik kepada S$35,310 dari S$33,689 sebelum ini.

Sebanyak 6,483 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 4,427 diperuntukkan. 

- CNA/TQ/tq

Top