Images
  • COE
    Gambar fail kenderaan di Singapura. (Gambar: Jeremy Long)

COE kebanyakannya ditutup lebih tinggi dalam bidaan pertama tahun ini

SINGAPURA: Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi bagi kebanyakan kategori dalam bidaan terbaru pada Rabu (9 Jan) yang pertama bagi 2019.

Premium bagi Kategori B iaitu kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi menyaksikan kenaikan paling ketara. Premium meningkat kepada S$32,200 daripada S$31,001, mencatatkan kenaikan sebanyak S$1,199.

Bagi kereta Kategori A atau 1,600 cc ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premiumnya ditutup pada S$25,920 berbanding S$25,501 pada bidaan lalu.

COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan barangan dan bas, meningkat kepada S$27,002 berbanding S$27,001 pada bidaan lalu.

Premium motosikal turun kepada S$3,610,berbanding S$3,789 pada bidaan lalu.

COE bagi kategori terbuka yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan namun lazimnya digunakan untuk kereta besar, meningkat kepada S$32,909 daripada S$31,809.

Keseluruhannya 7,169 bidaan diterima untuk kuota 5,048 COE yang diperuntukkan.

- CNA/TQ/tq

Top