Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

China tawar bantuan AS$60 bilion kepada Afrika, bertegas tiada ‘tuntutan politik’

China mengikrarkan dana bernilai AS$60 bilion (S$82.30 bilion) bagi pembangunan Afrika dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
China tawar bantuan AS$60 bilion kepada Afrika, bertegas tiada ‘tuntutan politik’

(Gambar: Yasuyoshi Chiba/AFP)

Diterbitkan : 04 Sep 2018 08:01AM Dikemas Kini : 04 Sep 2018 08:24AM

BEIJING: China mengikrarkan dana bernilai AS$60 bilion (S$82.30 bilion) bagi pembangunan Afrika dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Dalam ucapannya di Forum Kerjasama China-Afrika, Presiden Xi Jinping berkata, dana itu akan diagihkan dalam bentuk bantuan, pelaburan dan pinjaman.

Beliau juga berkata, China akan menggalak syarikat-syarikat untuk melabur sekurang-kurangnya AS$10 bilion (S$13.70 bilion) di Afrika dalam tempoh tiga tahun akan datang.

China memainkan peranan besar dalam pembangunan Afrika, dengan pembiayaan dana bagi projek-projek infrastruktur utama di benua itu.

Tawaran dana Encik Xi itu adalah tambahan kepada janjinya yang dibuat tiga tahun lalu untuk menyediakan dana AS$60 bilion (S$82.30 bilion), di sidang puncak sebelum ini yang diadakan di Afrika Selatan.

Encik Xi juga menepis dakwaan bahawa Beijing menggunakan dana tersebut untuk menjerat negara-negara yang dibantu dan beliau turut menegaskan pelaburan China tidak bersangkut paut dengan sebarang tuntutan politik. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan