China minta Wall Street idea bagi perbaiki hubungan dengan Amerika Syarikat
China akan meminta syarikat-syarikat Wall Street idea bagi memperbaiki hubungan dua hala antara negara itu dengan Amerika Syarikat serta saranan-saranan bagi membuka sektor kewangannya semasa mesyuarat sehari di Beijing pada Ahad (16 Sep).
HONG KONG: China akan meminta syarikat-syarikat Wall Street idea bagi memperbaiki hubungan dua hala antara negara itu dengan Amerika Syarikat serta saranan-saranan bagi membuka sektor kewangannya semasa mesyuarat sehari di Beijing pada Ahad (16 Sep).
Pemerintah China menghantar undangan bagi mesyuarat itu beberapa minggu lalu sedang ketegangan perdagangan antara dua ekonomi terbesar di dunia itu semakin memuncak dan mungkin mencetuskan perang dagangan.
Syarikat-syarikat kewangan utama dari kedua-dua negara akan menghantar para wakil ke mesyuarat tersebut. Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh mantan Gabenor Bank Rakyat China, Zhou Xiaochuan, dan mantan Presiden Goldman Sachs, John Thornton.
Para hadirin juga akan mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden China Wang Qishan pada pagi Isnin (17 Sep) selepas sesi mesyuarat sehari itu, menurut undangan yang disemak oleh Reuters.
Encik Zhou dan Encik Thorton meminta para peserta supaya berkongsi satu atau dua idea tertentu mengenai bagaimana untuk terus membuka sektor kewangan China serta menyarankan cara-cara untuk "menjalin hubungan dua hala biasa antara Amerika Syarikat dengan China bagi memanfaatkan kedua-dua negara dan dunia," menurut para individu dan agenda mesyuarat tersebut.
Mesyuarat itu diadakan sedang Amerika Syarikat bersiap sedia untuk mengeluarkan senarai muktamad mengenai barangan import China bernilai AS$200 bilion (S$274 bilion), yang mana Washington merancang untuk mengenakan cukai antara 10 dengan 25 peratus dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Awal minggu ini, para pegawai Beijing mengalu-alukan undangan dari Washington untuk mengadakan satu lagi pusingan rundingan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.