Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

China mahu sertai perjanjian dagangan Pasifik bagi perkukuh pengaruh ekonomi

China secara rasmi memohon untuk menyertai Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP).

Anggaran Waktu Membaca:
China mahu sertai perjanjian dagangan Pasifik bagi perkukuh pengaruh ekonomi

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 17 Sep 2021 08:24PM Dikemas Kini : 17 Sep 2021 08:27PM

BEIJING: China secara rasmi memohon untuk menyertai Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP).

Namun permohonan itu dijangka rumit kerana pertikaian antara China dengan anggota CPTPP sedia ada, Australia.

Kesemua 11 anggota perlu mencapai kata sepakat untuk membenarkan penyertaan Beijing.

China telah mengenakan cukai terhadap sebilangan barangan Australia termasuk wain dan barli.

Semalam, Australia telah meminta Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk memutuskan supaya China menarik balik cukai bagi eksport wain.

Namun jika China diterima masuk oleh CPTPP, kuasa besar itu akan menyertai perjanjian perdagangan bebas yang terbesar di Asia Pasifik.

Sumber : Reuters/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan