Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

China lancar siasatan antimonopoli terhadap gergasi teknologi Alibaba

China melancarkan siasatan antimonopoli ke atas Alibaba Group dan akan memanggil syarikat sekutunya Ant Group dalam beberapa hari mendatang, kata badan pengawal selia pada Khamis (24 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
China lancar siasatan antimonopoli terhadap gergasi teknologi Alibaba

(Gambar fail: REUTERS/Aly Song)

Diterbitkan : 24 Dec 2020 02:53PM Dikemas Kini : 24 Dec 2020 02:54PM

SHANGHAI/HONG KONG: China melancarkan siasatan antimonopoli ke atas Alibaba Group dan akan memanggil syarikat sekutunya Ant Group dalam beberapa hari mendatang, kata badan pengawal selia pada Khamis (24 Dis).

Siasatan itu adalah sebahagian daripada tindakan keras yang diperhebat ke atas amalan monopoli di ruang internet China yang sedang berkembang pesat dan merupakan hambatan baru bagi pengasas bersama Alibaba, Jack Ma.

Ini menyusuli penggantungan mendadak tawaran awam awal (IPO) Ant bulan lalu yang dianggarkan bernilai AS$37 bilion hanya dua hari sebelum saham mula diperdagangkan di Shanghai dan Hong Kong.

Badan-badan pengawal selia telah memberi amaran kepada Alibaba tentang amalannya yang memerlukan pedagang menandatangani perjanjian kerjasama eksklusif yang menghalang mereka daripada menawarkan produk di wadah pesaing.

Pentadbiran Negara untuk Pengawalseliaan Pasaran (SAMR) menyatakan pada Khamis bahawa pihaknya telah melancarkan siasatan terhadap amalan tersebut.

Pengawal selia kewangan juga akan bertemu dengan syarikat sekutu Alibaba, Ant Group, dalam beberapa hari mendatang, menurut kenyataan berasingan oleh People's Bank of China pada Khamis.

Ant menyatakan pihaknya telah menerima notis dari pengawal selia dan akan "mematuhi semua syarat pengawalseliaan".

Alibaba pula menyatakan pihaknya akan bekerjasama dengan siasatan dan operasinya diteruskan seperti biasa.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan