Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

China bantah keras Facebook, Twitter gantung ratusan akaun palsu

China pada Selasa (20 Ogos) menyatakan ia mempunyai hak untuk menyuarakan pandangannya sendiri selepas Twitter dan Facebook berkata, mereka sudah menggantung akaun media sosial, yang beroperasi dari tanah besar China bertujuan melemahkan tunjuk perasaan di Hong Kong.

Anggaran Waktu Membaca:
China bantah keras Facebook, Twitter gantung ratusan akaun palsu

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 20 Aug 2019 07:06PM Dikemas Kini : 20 Aug 2019 07:09PM

BEIJING: China pada Selasa (20 Ogos) menyatakan ia mempunyai hak untuk menyuarakan pandangannya sendiri selepas Twitter dan Facebook berkata, mereka sudah menggantung akaun media sosial, yang beroperasi dari tanah besar China bertujuan melemahkan tunjuk perasaan di Hong Kong.

Menurut Twitter semalam (19 Ogos), syarikat itu sudah menggantung 936 akaun dan operasi yang disyaki dikendalikan oleh beberapa pihak di China.

Facebook pula berkata, ia sudah mengeluarkan akaun dan laman daripada rangkaian operasi lebih kecil, selepas menerima maklumat daripada Twitter.

Facebook berkata, hasil siasatan mendapati akaun itu mempunyai kaitan dengan beberapa individu yang dikaitkan dengan pemerintah China.

Jurucakap Kementerian Luar Geng Shuang enggan membuat sebarang kenyataan mengenai tindakan Twitter dan Facebook itu. Namun, beliau mempertahankan hak penduduk China dan media untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai tunjuk perasaan di Hong Kong.

Tunjuk perasaan yang sedang berlaku di Hong Kong adalah salah satu cabaran besar yang terpaksa dihadapi oleh Presiden Xi Jinping, sejak mengambil alih kuasa pada 2012.

Sumber : Reuters/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan