Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

China, AS kenakan tarif tambahan ke atas barangan satu sama lain

China dan Amerika Syarikat (AS) akan mula mengenakan tarif tambahan ke atas barangan satu sama lain mulai Ahad (1 Sep), menghangatkan lagi perang perdagangan meskipun terdapat tanda-tanda menunjukkan perbincangan bakal disambung semula sekitar bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
China, AS kenakan tarif tambahan ke atas barangan satu sama lain

Mata wang China, Yuan, dan mata wang Amerika Syarikat. (Gambar fail: Thomas White/REUTERS)

Diterbitkan : 01 Sep 2019 08:43PM Dikemas Kini : 01 Sep 2019 08:45PM

BEIJING: China dan Amerika Syarikat (AS) akan mula mengenakan tarif tambahan ke atas barangan satu sama lain mulai Ahad (1 Sep), menghangatkan lagi perang perdagangan meskipun terdapat tanda-tanda menunjukkan perbincangan bakal disambung semula sekitar bulan ini.

Tambahan tarif 15 peratus itu menjejas sebahagian daripada barang-barangan bernilai AS$300 bilion (S$416 bilion) dari China yang sebelum ini terlepas daripada kenaikan tarif, berkuat kuasa 04H01 GMT, menurut pejabat Wakil Perdagangan AS.

Presiden Donald Trump pada Jumaat (30 Ogos) menolak sebarang langkah penangguhan lanjut dan memberitahu para wartawan: "Ia diteruskan".

Tarif baru itu akan menyasarkan rangkaian produk dari bahan makanan (sos tomato, daging, sosej, buah-buahan, sayur-sayuran, susu, keju), peralatan sukan (kelab golf, papan luncur air, basikal) hinggalah ke peralatan muzik, pakaian sukan dan perabot, menurut satu senarai rasmi.

Para ahli ekonomi di Institut Peterson bagi Ekonomi Antarabangsa yang berpangkalan di Washington, menganggarkan barangan bernilai AS$112 bilion (S$155 bilion) bakal terjejas.

Sebagai sebahagian daripada tindak balasnya, Beijing akan mula mengenakan tarif 5 peratus ke atas minyak mentah AS dari 1 Sep. Ini adalah kali pertama minyak AS disasarkan sejak dua ekonomi terbesar di dunia itu memulakan perang dagangan mereka lebih setahun lalu.

Ratusan syarikat dan kumpulan karyawan AS merayu kepada pentadbiran Encik Trump untuk menangguhkan tarif baru sambil mengatakan langkah tersebut akan menjejas pekerjaan dan meletakkan beban kepada pengguna.

Menolak cadangan menangguhkan tarif ke satu tarikh kemudian, Encik Trump bagaimanapun menawarkan sekelumit harapan menerusi perbincangan berterusan.

Bulan lalu, Encik Trump berkata beliau akan menaikkan tarif sedia ada dan dalam perancangan, sebanyak 5 peratus ke atas sekitar AS$550 bilion (S$763 bilion) import China setelah Beijing mengumumkan tarif ke atas barang-barangan AS sebagai langkah tindak balas. 

Sumber : Reuters/AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan