Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Chan Chun Sing: S'pura tidak boleh jangka ‘kebal’ dari persekitaran global mencabar

Sebagai sebuah ekonomi terbuka yang sangat bergantung pada perdagangan, Singapura tidak boleh menjangkakan ia akan terkecuali daripada cabaran persekitaran sejagat, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Ahad (4 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Chan Chun Sing: S'pura tidak boleh jangka ‘kebal’ dari persekitaran global mencabar

Encik Chan Chun Sing berucap di satu acara Hari Kebangsaan di Kelab Masyarakat Tanjong Pagar.

Diterbitkan : 05 Aug 2019 10:09AM Dikemas Kini : 05 Aug 2019 10:12AM

SINGAPURA: Sebagai sebuah ekonomi terbuka yang sangat bergantung pada perdagangan, Singapura tidak boleh menjangkakan ia akan terkecuali daripada cabaran persekitaran sejagat, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Ahad (4 Ogos).

Encik Chan, yang juga Anggota Parlimen GRC Tanjong Pagar, berkata demikian semasa berucap di acara Hari Kebangsaan anjuran Kelab Masyarakat Tanjong Pagar.

"Sedang saya menyiapkan ucapan saya, risiko kehilangan nilai dalam pelaburan terus meningkat, dengan perang dagang Amerika-China terus berlarutan... pertikaian perdagangan antara Jepun dengan Korea, dan keadaan di Hong Kong sekarang," kata Encik Chan.

Beliau juga berkata, Pemerintah sedang memantau dengan teliti perkembangan-perkembangan ini dan "sentiasa bersedia untuk menyokong" rakyat, khususnya mereka yang lemah, sekiranya keadaan semakin memburuk.

Namun Encik Chan menambah, "untuk memberi jalan keluar terbaik, kita terdahulu perlu jelas tentang punca masalah".

Beliau menjelaskan, keadaan masa kini tidak seperti Krisis Kewangan Asia dan Krisis Kewangan Global, yang mana ekonomi Singapura mengalami kemelesetan teruk tetapi bagi jangka pendek akibat kurang keyakinan dalam pasaran-pasaran kewangan global.

"Keadaan buat masa ini terjejas akibat permintaan luaran yang melemah dan kemerosatan dalam sektor elektronik sejagat, diburukkan lagi dengan ketidaktentuan yang disebabkan oleh perang dagang Amerika-China serta pelbagai isu lain yang sudah saya sebutkan. Semua ini menjejas perniagaan dan keyakinan para pembeli merata dunia.

"Kemerosotan dalam sektor elektronik turut menjejas sektor lain yang berkaitan seperti kejuruteraan jitu dan perdagangan borong," kata Encik Chan.

"Kami sudah menyaksikan turun naik ekonomi sebelum ini, dan tidak perlu cemas," kata Encik Chan. "Masih ada kemajuan yang dicatat dalam ekonomi kita, misalnya dalam industri infokom dan profesional."

Apa yang merumitkan keadaan, katanya, adalah "perubahan-perubahan struktur yang berlaku secara serentak", termasuk kemelesetan dari globalisasi dan penghakisan sistem perdagangan berbilang pihak, termasuk institusi-institusi seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

"Semua ini akan mengamil masa lebih lama bagi ekonomi dunia untuk kembali ke paras biasa," tambahnya sambil berkata, Singapura memerlukan strategi-strategi baru.

"PERSPEKTIF FOKUS, JANGKA PANJANG"

Dalam ucapannya, Encik Chan mengusulkan "perspektif jangka panjang dan fokus" bagi strategi-strategi Singapura, walaupun sedang ia menangani cabaran-cabaran jangka pendek yang disebabkan persekitaran luaran.

Beliau berkata, Singapura perlu terus membina asasnya, mempromosikan persekitaran yang "stabil dan membina bagi para peniaga yang bertunjangkan peraturan". Ini di samping menghubungkan pelbagai ekonomi dalam Asia yang pesat berkembang dan membina tenaga kerja yang berkemahiran.

"Asas-asas inilah mengapa kita boleh terus berdaya saing dan menarik pelaburan berkualiti tinggi bagi jangka panjang," kata Encik Chan yang menyebut ExxonMobil, GSK dan Neste sebagai contoh.

Namun, "kita tidak boleh sesekali berpeluk tubuh", ujarnya. Encik Chan menyarankan agar Singapura memperhebat usahanya untuk terus mempelbagaikan rantaian bekalan pasaran mahupun rangkaian pengedaran kita.

Dalam ucapannya, Encik Chan turut memberi amaran terhadap tindakan "mengambil jalan mudah dan bersikap tidak bertanggungjawab" demi membina masa depat lebih cerah bagi generasi seterusnya. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan