Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

CFO Huawei diberkas di Kanada kerana melanggar sekatan AS terhadap Iran: Laporan

Kanada memberkas ketua pegawai kewangan global Huawei di Vancouver, di mana dia menghadapi kemungkinan diekstradisi ke Amerika Syarikat kerana disyaki melanggar sekatan-sekatan Amerika Syarikat terhadap Iran.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Dec 2018 09:20AM Dikemas Kini : 06 Dec 2018 11:06PM

WASHINGTON: Kanada memberkas ketua pegawai kewangan global Huawei di Vancouver, di mana dia menghadapi kemungkinan diekstradisi ke Amerika Syarikat kerana disyaki melanggar sekatan-sekatan Amerika Syarikat terhadap Iran. Demikian menurut laporan akhbar Globe and Mail pada Rabu (6 Dis).

Meng Wanzhou, salah seorang naib pengerusi lembaga syarikat teknologi China itu dan anak perempuan kepada pengasas syarikat, Encik Ren Zhengfei, diberkas pada 1 Dis dan satu perbicaraan mahkamah telah ditetapkan pada Jumaat (7 Dis). Demikian menurut seorang jurucakap Jabatan Keadilan Kanada, menurut Globe and Mail.

Para wakil dari Huawei, salah sebuah pembuat peralatan rangkaian telekomunikasi terbesar di dunia tidak dapat segera dihubungi oleh Reuters untuk memberi komen.

Para pegawai Jabatan Keadilan Kanada dan Amerika Syarikat dan Kanada juga tidak segera memberi respons apabila diminta memberi komen.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat sudah menjalankan siasatan terhadap Huawei sekurang-kurangnya sejak 2016 kerana ia dipercayai menghantar produk-produk asal Amerika Syarikat ke Iran dan negara-negara lain yang melanggar undang-undang eksport dan sekatan Amerika Syarikat, menurut beberapa sumber kepada Reuters pada April. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan