Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

CEO baru Goldman bakal laksana pembaharuan, kembangkan perniagaan

Pelantikan David Solomon menandakan era baru Wall Street

Anggaran Waktu Membaca:
CEO baru Goldman bakal laksana pembaharuan, kembangkan perniagaan

(Gambar fail: REUTERS/Brendan McDermid).

Diterbitkan : 20 Jul 2018 12:54AM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 12:57AM

NEW YORK: Syarikat Goldman Sachs Group melantik David Solomon sebagai ketua pegawai eksekutif baru pada Selasa (17 Jul). Ia menandakan era baru bagi bank Wall Street sedang ia berkembang merangkumi pelbagai perniagaan berbeza dan memperbarui perniagaan sedia ada.

Encik Solomon dinaikkan pangkat daripada peranan sebagai presiden dan ketua pegawai operasi beberapa bulan selepas banker pelaburan berusia 56 tahun itu pertama kali dilaporkan akan menjadi pengganti CEO yang sudah lama berkhidmat, Lloyd Blankfein. Hari pertama Solomon bertugas sebagai CEO Goldman Sachs adalah pada 1 Oktober.

“David ialah individu yang tepat memimpin Goldman Sachs,” menurut Blankfein dalam satu kenyataan. “Beliau membuktikan keupayaannya membangun dan mengembangkan perniagaan-perniagaan, mengenal pasti cara-cara kreatif bagi mempertingkat budaya kami dan mengutamakan para klien dalam strategi kami. Menerusi bakat kakitangan kami dan mutu francais pelanggan kami, Goldman Sachs akan melangkah ke tahap pertumbuhan selanjutnya.”

Perubahan berlaku sedang Goldman Sachs cuba menjana lagi AS$5 bilion (S$6.8 bilion) hasil pendapatan tahunan, dengan mengembangkan perbankan pelanggan yang lemah, memanfaatkan lebih banyak daripada perniagaan seperti pengurusan aset dan merubah cara ia melakukan perdagangan.

Pihak pengurusan bank Goldman Sachs mendedahkan sebahagian pelan tersebut pada September lalu selepas bertahun-tahun menegaskan bahawa prestasinya akan pulih apabila pasaran bergerak maju. Sebaliknya, sejak 2009, hasil dagangan tahunan Goldman merosot sebanyak AS$20.8 bilion (S$27 bilion).

Sumber : Reuters/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan