Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Cabaran perkongsian awam-swasta seperti Hab Sukan S'pura

Perkongsian awam-swasta (PPP) merupakan bentuk kerjasama pemerintah dengan pihak industri bagi projek-projek yang berdaya maju secara komersil dan untuk memenuhi keperluan awam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Feb 2019 07:36PM Dikemas Kini : 03 Feb 2019 10:51PM

SINGAPURA: Perkongsian awam-swasta (PPP) merupakan bentuk kerjasama pemerintah dengan pihak industri bagi projek-projek yang berdaya maju secara komersil dan untuk memenuhi keperluan awam.

Namun, cabaran bagi beberapa PPP seperti Hab Sukan Singapura adalah untuk mengimbangi kedua-dua matlamat itu.

Pada Isnin (28 Jan), CEO Hab Sukan Singapura yang ketiga, Oon Jin Teik, mengumumkan beliau akan meletak jawatan pada April ini.

Hab Sukan Singapura merupakan tempat terbesar bagi pelbagai kegiatan sukan dan acara. Dibina dengan menelan belanja $1.33 bilion, ia boleh menampung lebih 55,000 penonton.

Ia bermula dengan PPP antara agensi pemerintah, Sport Singapore dan sebuah konsortium swasta yang merangkumi empat syarikat, yang dinamakan Hab Sukan Singapura.

Namun sembilan tahun kemudian, usaha sedang dijalankan untuk mencari orang yang sesuai sebagai CEO keempatnya.

Cabaran utama yang dihadapi oleh PPP adalah mengimbangi matlamat-matlamat berbeza dari pihak-pihak yang berkepentingan.

Seorang pakar memetik satu audit KPMG baru-baru ini yang mendedahkan tentang Hab Sukan itu. Dalam audit tersebut, para pelabur swasta mahu menjadi tuan rumah bagi acara-acara bukan sukan yang menguntungkan.

Sebaliknya, Sport Singapore mahu memberi tumpuan kepada sukan kebangsaan dan program-program masyarakat.

Itulah mungkin sebabnya acara berskala besar seperti konsert artis R&B, The Weeknd, dan kumpulan sensasi K-pop, BTS, diadakan di lokasi tersebut dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Memandang ke hadapan, para pakar percaya PPP perlu mencari huraian mampan untuk meraih keuntungan.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Hab Sukan menyatakan ia sentiasa melakukan semakan dalaman dan luaran pada model perniagaannya bagi menyediakan khidmat lebih baik. 

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan