Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Bursa S'pura junam ke paras paling rendah dalam 9 bulan ekoran ancaman tarif Trump

Bursa Singapura hari ini (19 Jun) ditutup pada paras paling rendah dalam tempoh sembilan bulan sedang para pelabur di Asia bertindak menjual saham di tengah-tengah ketegangan perdagangan yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat dengan China.

Anggaran Waktu Membaca:
Bursa S'pura junam ke paras paling rendah dalam 9 bulan ekoran ancaman tarif Trump

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 19 Jun 2018 09:51PM Dikemas Kini : 19 Jun 2018 09:54PM

SINGAPURA: Bursa Singapura hari ini (19 Jun) ditutup pada paras paling rendah dalam tempoh sembilan bulan sedang para pelabur di Asia bertindak menjual saham di tengah-tengah ketegangan perdagangan yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat dengan China.

Permusuhan perdagangan antara kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu menjadi kian tegang selepas Presiden Trump mengancam untuk melaksanakan pusingan baru cukai ke atas import dari China bernilai AS$200 bilion (S$271 bilion) yang mencetuskan amaran tegas oleh Beijing.

Ketegangan itu mengejutkan pasaran kewangan dengan para pelabur dan peniaga semakin khuatir bahawa satu perang dagang boleh menjejas pertumbuhan global.

Di Singapura, Indeks Straits Times ditutup 0.68 peratus lebih rendah kepada 3,301.05 mata. Ini paras paling rendah sejak 11 Oktober tahun lalu yang mencatat 3,280.28 mata.

Dengan itu, prestasi STI berbanding tahun lalu jatuh 2.98 peratus.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan