Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Brazil tarik balik larangan terhadap 737 MAX; operasi pesawat mungkin disambung semula hujung tahun ini

Pengawal selia penerbangan Brazil, ANAC pada Rabu (25 Nov) menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas pesawat Boeing 737 MAX.

Anggaran Waktu Membaca:
Brazil tarik balik larangan terhadap 737 MAX; operasi pesawat mungkin disambung semula hujung tahun ini

Pesawat Boeing 737 MAX (Gambar: Reuters/Jason Redmond)

Diterbitkan : 26 Nov 2020 09:21AM Dikemas Kini : 26 Nov 2020 09:26AM

RIO DE JANEIRO: Pengawal selia penerbangan Brazil, ANAC pada Rabu (25 Nov) menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas pesawat Boeing 737 MAX.

Langkah itu diambil selepas penguasa Amerika Syarikat meluluskan reka bentuk semula pesawat tersebut yang sebelum ini meragut nyawa 346 orang yang terkorban dalam dua nahas berasingan.

Pada Selasa, Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) menetapkan syarat-syarat untuk menyambung semula operasi pesawat itu, termasuk latihan baru dan kemas kini perisian MCAS yang dikaitkan dengan nahas tersebut.

Pengawal selia tertinggi Brazil menyatakan bahawa Gol Linhas Aereas Inteligentes SA, satu-satunya syarikat penerbangan yang melakukan penerbangan menggunakan pesawat itu di Brazil, sedang melaksanakan langkah-langkah yang diperlukan untuk menyambung semula penerbangan.

Gol mengumumkan minggu lalu bahawa pihaknya mungkin akan menyambung semula penerbangan jet Boeing 737 MAX sebelum hujung tahun ini.

Sesetengah pengawal selia sedang menunggu keputusan EASA sebelum menarik balik sekatan masing-masing sedang krisis keselamatan Boeing selama 20 bulan itu menguji keyakinan terhadap kepimpinan penerbangan Amerika Syarikat.

EASA mewakili 27 negara anggota Kesatuan Eropah dan empat negara lain termasuk Norway, yang mempunyai 92 pesawat yang ditempah oleh negara itu. Setakat 31 Disember, EASA juga mewakili Britain, yang menarik diri dari EU pada Januari.

Kanada juga dijangka akan menarik balik larangan itu, namun masih belum jelas sama ada China, pasaran terbesar pesawat itu dan juga merupakan yang pertama menggantung operasi pesawat tersebut pada Mac 2019, akan menarik balik larangan itu.

Penerbangan di Amerika Syarikat dijadual akan disambung semula pada 29 Disember, manakala Eropah pula mungkin akan menyambung semula operasi pesawat itu mulai pertengahan Januari depan.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan