Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Boeing tidak terima sebarang tempahan pesawat baru pada Januari

Syarikat gergasi aeroangkasa Boeing melaporkan pada Selasa (11 Feb) ia tidak menerima sebarang tempahan pesawat baru pada Januari.

Anggaran Waktu Membaca:
Boeing tidak terima sebarang tempahan pesawat baru pada Januari

Sebuah pesawat Boeing 737 MAX 8. (Gambar fail: Reuters/Matt Mills)

Diterbitkan : 12 Feb 2020 12:16PM Dikemas Kini : 12 Feb 2020 12:19PM

NEW YORK: Syarikat gergasi aeroangkasa Boeing melaporkan pada Selasa (11 Feb) ia tidak menerima sebarang tempahan pesawat baru pada Januari.

Syarikat itu juga menyaksikan jumlah penghantaran pesawatnya berkurangan pada Januari, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ini selepas pesawat jenis 737 MAX buatannya yang laris dijual sebelum ini, terus digantung daripada beroperasi menyusuli dua nahas yang membawa maut.

Menurut laman Boeing, syarikat itu mempunyai 45 tempahan pesawat pada Januari 2019 namun, tiada sebarang tempahan semasa tempoh yang sama tahun ini.

Jumlah pesawat yang dihantar kepada pembeli merosot daripada 46 kepada 13.

Pada Januari, Boeing melaporkan kerugian tahunan pertama dalam masa lebih dua dekad akibat krisis pesawat MAX.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan