Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Boeing sampaikan 'dukacita mendalam' atas nahas Ethiopian Airlines

Syarikat pengeluar pesawat terkemuka Amerika Syarikat, Boeing, pada Ahad (10 Mac) menyampakan rasa "dukacita mendalam" atas kematian kesemua 157 penumpang dan anak kapal dalam pesawat Ethiopian Airlines 302.

Anggaran Waktu Membaca:
Boeing sampaikan 'dukacita mendalam' atas nahas Ethiopian Airlines

Gambar fail pesawat Ethiopian Airlines Boeing 737-700, serupa dengan pesawat 737-800 yang terhempas dekat Addis Ababa. (Gambar: Issouf Sanogo/AFP)

Diterbitkan : 11 Mar 2019 08:24AM Dikemas Kini : 11 Mar 2019 03:29PM

WASHINGTON: Syarikat pengeluar pesawat terkemuka Amerika Syarikat, Boeing, pada Ahad (10 Mac) menyampaikan rasa "dukacita mendalam" atas kematian kesemua 157 penumpang dan anak kapal dalam pesawat Ethiopian Airlines 302. Boeing juga akan menawarkan bantuan teknikal bagi mengenal pasti punca pesawat buatannya itu terhempas.

Pesawat Boeing 737 itu - yang baru sahaja dihantar tahun lalu - berlepas dari Addis Ababa menuju ke Nairobi apabila ia terhempas.

"Boeing amat berdukacita apabila mengetahui tentang kematian para penumpang dan anak kapal Ethiopian Airlines 302, sebuah pesawat 737 MAX 8," menurut syarikat tersebut dalam satu kenyataan.

"Kami melahirkan rasa simpati mendalam kepada keluarga dan orang tersayang para penumpang dan anak kapal, dan bersedia untuk menyediakan sokongan kepada pasukan Ethiopian Airlines," menurutnya lagi.

"Sebuah pasukan teknikal dari Boeing bersedia untuk menawarkan bantuan teknikal atas permintaan dan di bawah arahan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat."

Pesawat Boeing 737 MAX adalah antara pesawat penumpang komersil terbaru dan paling canggih di dunia. Namun, syarikat itu mendapat kritikan kerana kemungkinan ada beberapa masalah pada pesawat yang mula digunakan pada 2017 itu.

Pada Oktober 2018, pesawat Indonesia Lion Air 737 MAX terhempas ke dalam Laut Jawa sekitar 13 minit selepas berlepas dari Jakarta, mengorbankan kesemua 189 orang di dalamnya.

Para penyiasat mengatakan bahawa pesawat tersebut mengalami masalah pada penanda kelajuan udara dan alat sensornya. Boeing kemudian mengeluarkan satu buletin manual operasi bagi memberitahu para pengendali apa yang perlu dilakukan jika mereka berdepan dengan keadaan yang serupa.

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan