Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Boeing gantung ujian pesawat jarak jauh 777X

Boeing menggantung ujian ke atas pesawat jarak jauhnya yang baru 777X, dedah syarikat itu pada Jumaat (6 Sep). Cabaran terbarunya itu muncul di tengah-tengah usaha syarikat tersebut untuk bangkit semula daripada krisis berhubung pesawat 737 MAX.

Anggaran Waktu Membaca:
Boeing gantung ujian pesawat jarak jauh 777X

Gambar fail seorang teknisyen syarikat Boeing (Gambar: AFP/Getty)

Diterbitkan : 07 Sep 2019 10:19PM Dikemas Kini : 07 Sep 2019 10:27PM

NEW YORK: Boeing menggantung ujian ke atas pesawat jarak jauhnya yang baru 777X, dedah syarikat itu pada Jumaat (6 Sep). Cabaran terbarunya itu muncul di tengah-tengah usaha syarikat tersebut untuk bangkit semula daripada krisis berhubung pesawat 737 MAX.

Ujian "beban akhir" itu adalah sebahagian daripada proses pensijilan pesawat, yang pantau oleh para pegawai Pentadbir Penerbangan Federal (FAA). Ujian tersebut meletakkan "beban dan tekanan yang melampaui beban operasi normal" ke atas pesawat, seorang jurucakap Boeing memberitahu AFP menerusi emel.

"Semasa ujian beban akhir ke atas pesawat uji statik 777X, pasukan kami menemui isu yang memerlukan penggantungan ujian," kata jurucakap itu.

Sumber yang rapat dengan perkara tersebut berkata sebuah pintu pintu pesawat tercampak semasa ujian.

Beliau bagaimanapun enggan identitinya didedahkan.

Kejadian sedemikian jarang berlaku semasa ujian beban terakhir, menurut seorang sumber industri.

777X sepatutnya dijadualkan berlepas untuk penerbangan ujian pertama tahun ini. Tarikh tersebut kini ditunda kepada awal 2020 oleh Boeing, akibat masalah dengan enjin General Electric.

Jurucakap syarikat tersebut enggan menyatakan sama ada masalah terbaru ini akan melengahkan lagi jadual.

Penggantungan ujian 777X berlaku sedang Boeing dalam proses menyelesaikan perubahan yang diperlukan oleh pengawal selia ke atas 737 MAX, yang digantung penerbangannya di seluruh dunia selepas dua nahas yang mengakibatkan 346 kematian.

Pihak berkuasa penerbangan awam pula meningkatkan pemeriksaan sejak nahas-nahas tersebut, terutamanya FAA, yang dituduh mempunyai hubungan rapat dengan Boeing.

Pesawat Boeing 777X, yang bertujuan untuk menggantikan 777 dan boleh membawa antara 400 hingga 425 penumpang, sudah ditempah oleh lapan syarikat penerbangan, termasuk Emirates.

Setakat Jumaat, pakar industri mengatakan penghantaran pertama 777X mungkin tidak akan berlaku sebelum 2021 kerana tempoh ujian dan proses kelulusan perlu dilanjutkan, disebabkan oleh kelengahan akibat isu enjin.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan