Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Boeing 737 MAX terbaru lakukan penerbangan ujian

Versi terbaru pesawat 737 MAX Boeing melakukan penerbangan ujian pertamanya di wilayah Washington pada Jumaat (18 Jun), hanya beberapa bulan setelah pesawat jenis itu digantung daripada perkhidmatan di seluruh dunia menyusuli dua nahas yang membawa maut.

Anggaran Waktu Membaca:
Boeing 737 MAX terbaru lakukan penerbangan ujian

Pesawat Boeing 737 Max 10 setelah selesai penerbangan ujian di Washington, Amerika Syarikat pada 18 Jun 2021. (Gambar: Ellen M Banner/The Seattle Times via AP)

Diterbitkan : 19 Jun 2021 10:18AM Dikemas Kini : 19 Jun 2021 11:35PM

NEW YORK: Versi terbaru pesawat 737 MAX Boeing melakukan penerbangan ujian pertamanya di wilayah Washington pada Jumaat (18 Jun), hanya beberapa bulan setelah pesawat jenis itu digantung daripada perkhidmatan di seluruh dunia menyusuli dua nahas yang membawa maut.

Boeing menyatakan pesawat 737 MAX 10 itu berlepas dari Renton, Washington pada 1707 GMT dalam keadaan cuaca cerah, terbang di bahagian tengah wilayah itu dan mendarat kira-kira dua setengah jam kemudian di Seattle.

"Pesawat terbang dengan lancar sekali. Profil penerbangan membolehkan kami menguji sistem, kawalan penerbangan dan mutu pengendalian pesawat, semuanya memenuhi jangkaan kami," kata Ketua Juruterbang Jennifer Henderson dalam satu kenyataan.

Jet jarak sederhana itu pada mulanya disasarkan untuk memulakan perkhidmatan komersil pada 2020, tetapi tertunda selama 20 bulan ia tidak beroperasi. Penangguhan itu berlarutan akibat kemerosotan industri penerbangan yang disebabkan oleh COVID-19.

Boeing kini mengunjurkan penghantaran komersil MAX 10 akan bermula pada 2023. Antara sekarang dan masa itu, akan ada penerbangan ujian tambahan, dan juga perhubungan lanjut antara syarikat dan pengawal selia di Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat.

"737-10 adalah bahagian penting dalam rancangan armada pelanggan kami, memberikan mereka lebih banyak kapasiti, penggunaan bahan bakar enjin yang lebih cekap dan biaya operasi terendah untuk setiap tempat duduk penumpang berbanding mana-mana pesawat dengan lorong tunggal (single-aisle)," kata Stan Deal, presiden dan CEO Boeing Commercial Airplanes .

Pesawat itu pertama kali diumumkan di Pameran Udara Paris pada Jun 2017. Ia menerima jolokan sebagai saingan kepada Airbus A321neo dalam kategori lorong tunggal (single-aisle).

737 MAX 10 boleh membawa sehingga 230 penumpang, menurut Boeing. Pembuat pesawat itu secara beransur-ansur menambah kapasiti tempat duduk sejak 737 MAX 7, yang mempunyai antara 138 hingga 153 tempat duduk.

Pesawat terbaru itu lebih panjang tetapi mempunyai jarak terbang yang lebih singkat berbanding versi sebelumnya.

Ia menggunakan enjin Leap-1B, yang dibina dengan usaha sama GE Aviation dan Safran Aircraft.

Pesawat jenis MAX digantung daripada perkhidmatan di seluruh dunia pada Mac 2019 menyusuli dua nahas maut yang meragut 346 jiwa.

Pengawal selia Amerika Syarikat meluluskan penyambungan perkhidmatan pesawat itu pada November 2020, disusuli lebih banyak badan penerbangan awam utama yang lain.

Sejak itu, Boeing telah menyambung penghantaran baru pesawa MAX dan mengumumkan kontrak baru dengan beberapa syarikat penerbangan terkemuka.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan