Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Bitcoin jangkaui paras AS$35,000; catat nilai tertinggi baru

Bitcoin diperdagangkan pada paras menjangkaui AS$35,000 buat pertama kalinya di Asia pada Rabu (6 Jan), sekali gus mencecah nilai tertinggi AS$35,879 (S$47,258) dan memanjangkan tempoh kebangkitan yang menyaksikan mata wang digital itu meningkat lebih daripada 800 peratus sejak pertengahan Mac.

Anggaran Waktu Membaca:
Bitcoin jangkaui paras AS$35,000; catat nilai tertinggi baru
Diterbitkan : 06 Jan 2021 03:07PM Dikemas Kini : 06 Jan 2021 03:08PM

SHANGHAI: Bitcoin diperdagangkan pada paras menjangkaui AS$35,000 (S$46,100) buat pertama kalinya di Asia pada Rabu (6 Jan), sekali gus mencecah nilai tertinggi AS$35,879 (S$47,258) dan memanjangkan tempoh kebangkitan yang menyaksikan mata wang digital itu meningkat lebih daripada 800 peratus sejak pertengahan Mac.

Mata wang kripto paling popular di dunia itu melepasi paras AS$20,000 (S$26,340) buat pertama kalinya pada 16 Dis lalu.

Pembelian Bitcoin dibuka kepada orang ramai berkat kemampuan membeli pecahan satu unit penuh, sementara pemegang akaun Paypal kini dapat menggunakan mata wang maya untuk urus niaga online.

Paras tinggi nilai mata wang kripto dicapai baru-baru ini pada sebelah hujung minggu dan semasa musim perayaan ketika ramai broker tidak bertugas.

Sepanjang sejarahnya selama 12 tahun, bitcoin mengalami beberapa perubahan harga yang sangat ketara dengan kebangkitannya tidak selalu serta-merta.

Meskipun nilainya kerap berubah, banyak dana pelaburan masih membeli bitcoin, sementara gergasi-gergasi perbankan membandingkannya dengan emas sebagai pelaburan yang selamat.

Status aset digital masih hangat dibahaskan sejak ia dilancarkan pada lewat 2008 dan sama ada ia seharusnya dianggap sebagai satu bentuk mata wang, aset atau komoditi.

Sumber : CNA/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan