Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Belum ada keputusan tukar KLIA jadi SIA, kata Menteri Pengangkutan M’sia

Belum ada keputusan muktamad berhubung saranan penjenamaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kepada nama baru Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (SIA), kata exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han.

Anggaran Waktu Membaca:
Belum ada keputusan tukar KLIA jadi SIA, kata Menteri Pengangkutan M’sia

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke.

Diterbitkan : 19 Apr 2019 09:53AM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 10:33AM

KUALA LUMPUR: Belum ada keputusan muktamad berhubung saranan penjenamaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kepada nama baru Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (SIA), kata exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han.

Soal penjenamaan semula lapangan terbang itu timbul menyusuli tersebarnya satu surat di laman Twitter yang menyatakan cadangan tersebut sudah dipersetujui dan disahkan di Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, Oktober tahun lalu, lapor Malaysiakini.

“Isu ini cuma pernah disebutkan dalam MMKN (Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri), setakat ini tiada apa-apa yang telah diputuskan.

“Perkara ini timbul kerana KLIA terletak di Sepang, Selangor. Lapangan terbang antarabanga yang terkenal sering menggunakan lokaliti sebagai namanya, contohnya adalah Narita/ Haneda di Tokyo, Incheon di Seoul, Suvarnabhuni di Bangkok, Baiyun di Guangzhou, Pudong di Shanghai, Schipol di Amsterdam dan sebagainya,” kata Encik Ng kepada Malaysiakini ketika dihubungi pada Khamis (18 Apr).

Beliau turut mengesahkan surat yang dibocorkan di media sosial itu merupakan minit mesyuarat exco kerajaan negeri Selangor tetapi tidak mahu mengulas lebih lanjut.

Dalam surat itu, penjenamaan semula KLIA dibangkitkan oleh exco Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Industri Kecil dan Sederhana, Teng Chang Kim dicadangkan untuk mencerminkan lokaliti KLIA yang terletak di daerah Sepang, lapor Malaysiakini lagi.

“Keperluan ini adalah seiring dengan nama lapangan terbang antarabangsa di luar negara yang menggunakan lokaliti sebagai nama rasmi lapangan terbang tersebut.

“Sehubungan itu, cadangan nama yang dipersetujui oleh exco adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (SIA),” kata surat itu.

Menurut surat itu, Encik Ng akan membawa perkara berkenaan ke mesyuarat Majlis Pengangkutan Negara.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke apabila diminta mengulas saranan itu berkata, pihaknya belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada kerajaan negeri Selangor.

“Saya belum menerima sebarang permohonan rasmi dari kerajaan Selangor. Setakat ini, nama KLIA kekal,” katanya.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan