Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belanjawan 2020 akan dibentangkan pada Khamis 18 Feb

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan membentangkan Kenyataan Belanjawan Singapura bagi Tahun Kewangan 2020 di Parlimen pada 18 Februari, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Jan 2020 12:05PM Dikemas Kini : 18 Feb 2020 02:44PM

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan membentangkan Kenyataan Belanjawan Singapura bagi Tahun Kewangan 2020 di Parlimen pada 18 Februari, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Orang ramai boleh mengikuti pembentangan Belanjawan itu secara langsung menerusi saluran televisyen, radio dan laman web www.singaporebudget.gov.sg, menurut kenyataan oleh MOF pada Rabu (1 Jan).

Bagi kemas kini masa nyata mengenai pengumuman-pengumuman yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020, orang ramai boleh melungsuri laman Facebook dan Twitter MOF.

Dalam Amanat Tahun Barunya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengatakan bahawa Belanjawan tahun ini akan merangkumi rancangan untuk mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat Singapura, seperti membantu para keluarga menampung kos sara hidup.

Ia juga akan mengandungi langkah-langkah bagi membantu "syarikat-syarikat perusahaan meningkatkan daya penghasilan dan membina keupayaan baru," tambah PM Lee.

Fasa maklum balas Belanjawan 2020 yang sedang dijalankan sekarang akan berakhir pada 10 Januari.

MOF turut bekerjasama dengan Persatuan Rakyat (PA) dan pertubuhan-pertubuhan akar umbi melalui inisiatif 'Ask Kopi Kakis' untuk mengumpul pandangan dan mendapatkan saranan orang ramai di 25 kios ‘Ask Kopi Kakis’ di merata Singapura.

Enam lagi sesi dijadual diadakan pada 4 dan 5 Jan di merata negara.

Orang ramai masih boleh mengusulkan saranan-saranan mereka menerusi laman Belanjawan Singapura, laman mikro Belanjawan REACH dan lelaman media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan borang maklum balasnya.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan