Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Belanjawan 2019: DPPMS berharap 'pemain kecil' SME turut diberi perhatian

Para peniaga Melayu melahirkan harapan agar Belanjawan yang dibentangkan pemerintah nanti akan terus menyuntik lebih banyak inisiatif bagi membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) mendakap digitalisasi.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Para peniaga Melayu melahirkan harapan agar Belanjawan yang dibentangkan pemerintah nanti akan terus menyuntik lebih banyak inisiatif bagi membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) mendakap digitalisasi.

Menurut Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) ini termasuklah lebih banyak fokus kepada 'pemain kecil' dalam kalangan SME.

BERITAMediacorp bertemu bersama kedua pihak itu bagi mendapatkan harapan mereka menjelang Belanjawan Negara yang akan diumumkan pada Isnin depan (18 Feb).

185 DARIPADA 305 PENIAGA MANFAATKAN HURAIAN DIGITAL

Menurut DPPMS, sejak fasa pertama projek digitalisasi Kampong Glam bermula pada November 2017 hingga Jun tahun lalu, 185 daripada 305 perniagaan di kawasan tersebut sudah memanfaatkan huraian digital - termasuk industri F&B, runcit serta penjagaan kesihatan.
Daripada 185 perniagaan itu, 62% daripada mereka turut memanfaatkan pembayaran elektronik seperti Grabpay, Alipay dan Fave.

5% daripada mereka turut menggunakan sistem pembayaran elektronik bersepadu dan mengambil pesanan makanan menerusi tablet - atau POS - dalam operasi mereka.

HARAP DAPAT BANTU PERKASA PENIAGA CARA OPERASI

Antara pengguna POS termasuklah kafe Tash Tish Tosh.

Pemiliknya, Encik Wahid Allapitchay berkata sistem POS membantu kafenya menjimatkan 50% masa bagi menyiapkan makanan.

Lantaran itu Encik Wahid berharap Belanjawan 2019 nanti akan memberi lebih banyak sokongan bagi memperkasa para peniaga tentang cara mereka beroperasi.

"Dari segi F&B mindset kami ingin mengeluarkan makanan lebih cepat mungkin menambahkan meja, daripada segi pekerja-pekerja mereka juga ingin melakukan perkerjaan mereka dengan lebih cepat dan pantas dan kurang menggunakan tenaga," kongsinya bersama pihak kami.

DPPMS: USAHA PERLU TINGKAT BAGI BANTU PEMAIN KECIL

Selaku pemudahcara Inisiatif transformasi digital di Kampong Glam, DPPMS menyatakan fasa pertama inisiatif tersebut sudah berjalan lancar dan menepati sasaran mereka.

Namun, lebih banyak lagi usaha akan dipertingkatkan bagi membimbing sektor perniagaan meningkat keupayaan digital.

Misalnya, tinjauan DPPMS ke atas 50 peniaga Melayu pada November tahun lalu mendapati 32% daripada mereka tidak tahu menahu tentang geran-geran Pemerintah sedia ada.

"Mereka (pemain kecil SME) rasa geran-geran ini hanya untuk pemain besar. 

Pada pendapat saya arus pendigitalan ini bukan satu pilihan tetapi ia adalah keperluan. jadi saya rasa geran-geran yang ada perlu sampai ke semua peniaga-peniaga," kata Timbalan Pengerusi SMEC@SMCCI, Fazli Mansor.

Lantaran itu, DPPMS berharap belanjawan tahun ini dapat bukan sahaja terus memberi malah dapat juga memperkukuh usaha untuk mendidik para peniaga kecil khususnya tentang geran-geran tersebut.

Usaha lain termasuk mendekati golongan tersebut menerusi program bimbangan khusus bersama ahli dewan DPPMS.

Rancangan ini masih dalam perbincangan bagi transformasi digital fasa kedua.  

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan