Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Bekas pegawai Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, mengaku bersalah terbabit skandal 1MDB

Seorang bekas pegawai di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), mengaku bersalah atas tuduhan melanggar peraturan perbankan dalam percubaan untuk mengelakkan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) meneruskan tindakan terhadap skandal dana pelaburan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pegawai Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, mengaku bersalah terbabit skandal 1MDB

(Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 01 Dec 2018 11:04AM Dikemas Kini : 01 Dec 2018 11:06AM

NEW YORK: Seorang bekas pegawai di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), mengaku bersalah atas tuduhan melanggar peraturan perbankan dalam percubaan untuk mengelakkan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) meneruskan tindakan terhadap skandal dana pelaburan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

George Higginbotham, 46 tahun, mengaku berbohong kepada beberapa bank di AS ketika membuat transaksi berjumlah jutaan dolar untuk membiayai kempen bagi pihak Low Taek Jho atau Jho Low yang juga dalang utama kes 1MDB.

Para pendakwa persekutuan pada Ogos lalu mengenakan lapan tuduhan pengubahan wang haram terhadap Jho Low. Beliau dituduh membantu penyelewengan sebanyak AS$4.5 bilion (S$6.2 bilion) dari dana pelaburan kerajaan Malaysia itu.

Menurut Jabatan Kehakiman Amerika, Higginbotham mengaku menipu pihak bank, termasuk mengeluarkan dokumen pinjaman dan rundingan palsu bagi menyembunyikan sumber sebenar dana.

Sementara itu Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam satu pengumuman berasingan semalam (30 Nov) mengatakan, jabatan berkenaan sedang dalam proses mendapatkan semula AS$73 juta (S$100 juta) yang dibekukan dalam akaun bank Amerika, disahkan dibuka dan diuruskan oleh Higginbotham dan Prakazrel ‘Pras’ Michael bagi pihak Jho Low, tahun lalu. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan