Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Bekas eksekutif Nissan Ghosn janji tidak larikan diri dari Jepun jika dibebaskan

Pengerusi Bersama Nissan Motor yang dipecat, Carlos Ghosn, pada Ahad (20 Jan) berjanji untuk kekal berada di Jepun dan mematuhi sekatan-sekatan sebagai pertukaran dibebaskan dari penjara.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas eksekutif Nissan Ghosn janji tidak larikan diri dari Jepun jika dibebaskan

Bekas ketua syarikat Nissan Carlos Ghosn. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 21 Jan 2019 10:37AM Dikemas Kini : 21 Jan 2019 10:40AM

TOKYO: Pengerusi Bersama Nissan Motor yang dipecat, Carlos Ghosn, pada Ahad (20 Jan) berjanji untuk kekal berada di Jepun dan mematuhi sekatan-sekatan sebagai pertukaran dibebaskan dari penjara, dalam usahanya yang terakhir untuk merayu ikat jamin dari sebuah mahkamah sementara menantikan perbicaraan berhubung dakwaan tentang salah laku kewangan.

Ghosn, eksekutif automotif mapan yang ditahan sejak penangkapannya pada 19 Nov, sudah memohon Mahkamah Daerah Tokyo buat kali kedua, untuk membenarkannya diikat jamin setelah permintaannya ditolak minggu lalu. Satu perbicaraan dijadualkan pada Isnin petang di Tokyo.

Ghosn menafikan tiga tuduhan salah laku kewangan, termasuk memberi penyataan gaji lebih rendah selama lapan tahun dan memindahkan buat sementara kerugian kewangan peribadinya ke dalam akaun Nissan.

Minggu lalu, mahkamah Tokyo menolak permohonan ikat jaminnya, kerana bimbang dia akan melarikan diri, dakwaan yang dinafikan oleh Ghosn.

Ghosn pada mulanya merancang untuk ke Perancis jika dibebaskan dan kembali ke Jepun untuk menghadapi perbicaraan, tetapi kini bercadang untuk kekal di Jepun, menurut seorang individu yang mengikuti perkembangan hal itu.

"Saya akan menghadiri perbicaraan saya bukan sahaja atas tuntutan undang-undang, tetapi kerana saya akhirnya mempunyai peluang untuk membela diri saya," menurut Ghosn dalam satu kenyataan. "Saya tidak bersalah di atas tuduhan-tuduhan terhadap saya dan saya berharap untuk mempertahankan reputasi saya dalam bilik mahkamah. Tiada apa yang lebih penting bagi saya mahupun keluarga saya."

Kerajaan Jepun tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara itu dan seorang wakil Nissan tidak memberi sebarang komen.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan