Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Bekalan tanah rumah privet tidak dikurangkan, permintaan kuat dari pemaju

Pemerintah menyatakan pada Rabu (27 Jun) bahawa ia tidak akan mengurangkan bekalan tanah untuk perumahan dalam separuh kedua tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekalan tanah rumah privet tidak dikurangkan, permintaan kuat dari pemaju

Rumah privet di Singapura. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 27 Jun 2018 02:06PM Dikemas Kini : 28 Jun 2018 01:01AM

SINGAPURA: Meskipun terdapat "bekalan mencukupi" bagi pembangunan rumah privet, Pemerintah menyatakan pada Rabu (27 Jun) bahawa ia tidak akan mengurangkan bekalan tanah untuk perumahan dalam separuh kedua tahun ini.

Sekitar 20,000 unit rumah privet dijangka dibina di bawah Penjualan Tapak Tanah Pemerintah (GLS) dan pembangunan semula tapak penjualan kolektif atau en-bloc daripada sektor privet.

Lagi 24,000 unit rumah privet masih belum terjual dari projek yang sudah diluluskan.

Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Negara (MND), terdapat juga lebih 30,000 rumah privet sedia ada yang masih kosong.,

Meskipun demikian, pemerintah akan mengekalkan jumlah bekalan tanah bagi pembangunan rumah privet di bawah GLS dalam separuh kedua pada paras seperti separuh pertama tahun ini.

Ini memandangkan permintaan bagi tanah dari para pemaju terus kukuh.

Jumlah urus niaga juga turut meningkat, tambah kenyataan tersebut.

Sebanyak enam tapak tanah di bawah senarai yang disahkan termasuk di Tampines, Sims Drive dan Middle Road.

Lagi sembilan dalam senarai simpanan di Clementi Avenue 1, Dairy Farm Walk, Tan Quee Lan Street, Yishun Avenue 9 dan Marina View serta Woodlands Square/Woodlands Avenue 2 akan ditawarkan di bawah program GLS separuh kedua tahun ini.

Secara keseluruhannya 15 tapak tanah itu dapat menghasilkan sehingga 8,040 rumah privet dan ruang komersil seluas 124,200 meter persegi.

Kenyataan itu turut menarik perhatian bahawa Lembaga Pelancongan Singapura (STB) optimis tentang prospek pelancongan negara ini, ekoran pertumbuhan 6.2 peratus bagi kedatangan pelancong antarabangsa tahun lalu.

Maka itu, pembangunan di Club Street dan Marina View dijangka akan menambah bilangan bilik hotel untuk memenuhi permintan itu. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan