Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Banyak perniagaan kini utamakan amalan mampan namun komitmen belum sehaluan, kata DPM Heng

Walaupun banyak perniagaan sudah mengambil tindakan terhadap perubahan iklim dengan menjadikan amalan-amalan yang mampan sebagai keutamaan nombor satu, komitmen untuk membuat perubahan masih tidak rata dan seimbang, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Rabu (29 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Banyak perniagaan kini utamakan amalan mampan namun komitmen belum sehaluan, kata DPM Heng

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Sep 2021 02:52PM Dikemas Kini : 29 Sep 2021 04:50PM

SINGAPURA: Walaupun banyak perniagaan sudah mengambil tindakan terhadap perubahan iklim dengan menjadikan amalan-amalan yang mampan sebagai keutamaan nombor satu, komitmen untuk membuat perubahan masih tidak rata dan seimbang, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Rabu (29 Sep).

Meskipun terdapat lebih kesedaran dan kecenderungan terhadap amalan-amalan perniagaan yang mampan, masih ramai yang belum bersedia untuk membayar kos lebih tinggi untuk mendapatkan barang-barangan sedemikian, kata Encik Heng yang juga adalah Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi.

"Sesetengah syarikat merasa sukar untuk melakukan perubahan tersebut sambil terus berdaya maju, ada juga segelintir yang melakukan 'greenwashing' iaitu memberikan gambaran seolah-olah produk mereka mesra alam, justeru menjejas usaha untuk melindungi alam sekitar," katanya.

Dalam ucapan pembukaannya di persidangan kemampanan Ecosperity Week, Encik Heng turut menekankan betapa pentingnya tindakan bersama dalam menangani perubahan iklim.

Lebih banyak boleh dilakukan untuk meraih pertumbuhan ekonomi dan memperbaiki kehidupan dan pada masa yang sama turut melindungi alam sekitar dan ekosistemnya, kata Encik Heng.

"Apa yang jelas adalah karbon akan menjadi kekangan yang semakin besar bagi dunia, namun ini tidak bermakna pertumbuhan global akan terbantut dan kemajuan umat manusia akan terjejas," katanya lagi.

"Apa yang kita boleh capai dalam masa beberapa dekad akan datang, sangat bergantung kepada apa yang kita lakukan sekarang."

TUKAR GANTI

Dalam usaha menuju ke arah memulihara dan memulihkan alam sekitar, Encik Heng berpendapat inovasi sains dan teknologi boleh bantu untuk mengurangkan hambatan dengan menyediakan lebih banyak alternatif yang mampan.

Sambil menarik perhatian kepada pembinaan dan penyenggaraan bangunan, yang membentuk 40 peratus daripada pelepasan karbon global, beliau berkata Singapura buat masa ini sedang meneroka penggunaan bahan binaan rendah karbon untuk mengurangkan kesannya terhadap alam sekitar. Ini termasuk kayu tereka bentuk yang dihasilkan secara besar-besaran dan simen mesra alam rendah karbon.

Ia merupakan salah satu cara bagaimana Singapura boleh mencapai keseimbangan daripada pembandaran melalui sains dan teknologi.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan