Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Bantuan tambahan perlu bagi perniagaan harungi perubahan digital

Sesetengah perniagaan di Singapura menghadapi kesukaran untuk menggunakan teknologi digital yang sudahpun mengubah model perniagaan tradisional, kata para anggota parlimen (AP) semasa Dewan membahaskan kenyataan Belanjawan semalam (27 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Bantuan tambahan perlu bagi perniagaan harungi perubahan digital

Gambar fail TODAY.

Diterbitkan : 27 Feb 2018 11:36PM Dikemas Kini : 28 Feb 2018 01:43AM

SINGAPURA: Sesetengah perniagaan di Singapura menghadapi kesukaran untuk menggunakan teknologi digital yang sudahpun mengubah model perniagaan tradisional, kata para anggota parlimen (AP) semasa Dewan membahaskan kenyataan Belanjawan semalam (27 Feb).

AP GRC West Coast, Cik Foo Mee Har berkata bahawa syarikat-syarikat yang mneghadapi masalah kekurangan bakat teknologi yang teruk, mengadu bahawa ia tidak dapat menangani penekanan terhadap penggunaan digital dan teknologi baru.

Seorang lagi AP, Encik Desmond Choo pula merujuk kepada tinjauan yang dilakukan Persekutuan Perniagaan Singapura. Ia menunjukkan satu daripada empat syarikat "lambat untuk mengubah perniagaan" dengan ada yang gagal mengubah sebarang aspek perniagaannya menjadi digital.

LEBIH BANYAK BANTUAN BAGI PERNIAGAAN

Oleh itu, sesetengah AP menggesa agar lebih banyak bantuan dihulurkan bagi perniagaan-perniagaan yang menghadapi kesukaran dengan perubahan digital.

Dalam kenyataan Belanjawan beliau awal bulan ini, Menteri Kewangan Heng Swee Keat mengumumkan Geran Huraian Daya Penghasilan bagi membantu syarikat-syarikat mendapat akses lebih mudah kepada huraian teknologi.

Meskipun program tersebut tepat pada masanya, AP GRC Ang Mo Kio, Encik Darryl David meluahkan harapan agar ia diperluaskan untuk menyokong lebih banyak syarikat.

"Ini penting terutama sekali bagi SME (perusahaan kecil dan sederhana) yang mungkin tidak mempunyai sumber dan pengetahuan yang serupa dengan MNC (syarikat berbilang negara) untuk melancarkan perubahan dan peningkatan secara besar-besaran," katanya.

Cik Foo pula menyarankan pemerintah mempertimbangkan perubahan kepada gabungan tenaga asing bagi menyokong pertumbuhan dalam bidang-bidang ekonomi masa depan seperti kepakaran menganalisis maklumat, kecerdasan buatan dan keselamatan siber.

"Bagi memanfaatkan kerancakkan pertumbuhan, dasar tenaga kerja asing mungkin harus diubah untuk merangkumi faktor-faktor kemahiran bagi mengutamakan jenis kemahiran dan kepakaran dari luar negara, seperti yang diamalkan negara-negara lain," katanya.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan