Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Bank, pejabat pos di New Zealand diganggu serangan siber

Beberapa laman institusi kewangan di New Zealand dan perkhidmatan pos negara tersebut terganggu buat sementara pada Rabu (8 Sep), dengan para pagawai berkata mereka sedang menangani satu serangan siber. 

Anggaran Waktu Membaca:
Bank, pejabat pos di New Zealand diganggu serangan siber

Logo Kumpulan ANZ Banking. (Gambar fail: Reuters/David Gray)

Diterbitkan : 08 Sep 2021 12:29PM Dikemas Kini : 08 Sep 2021 12:31PM

SYDNEY: Beberapa laman institusi kewangan di New Zealand dan perkhidmatan pos negara tersebut terganggu buat sementara pada Rabu (8 Sep), dengan para pagawai berkata mereka sedang menangani satu serangan siber.

Pasukan Respons Kecemasan Komputer (CERT) negara itu menyatakan ia sedar tentang serangan DDos (penafian perkhidmatan disebarkan) yang menyasarkan beberapa pertubuhan di New Zealand.

Menurut CERT di lamannya, ia sedang "memantau keadaan dan bekerjasama dengan pihak-pihak terjejas seberapa boleh".

Media tempatan melaporkan, antara laman terjejas serangan itu termasuk laman Kumpulan Perbankan Australia dan New Zealand (ANZ) di New Zealand serta NZ Post.

Dalam satu catatan Facebook, ANZ memaklumkan pelanggan bahawa ia sedar sebilangan mereka tidak boleh mengakses perkhidmatan perbankan online.

Wakil ANZ bagaimanapun tidak segera memberikan ulasan mengenainya.

NZ Post menyatakan "gangguan sekejap-sekejap" di lamannya adalah disebabkan satu masalah di salah satu daripada pembekal pihak ketiganya.

Beberapa pelanggan berkongsi di media sosial tentang laporan gangguan di Kiwibank, sebuah pemberi pinjaman kecil yang sebahagiannya dimiliki oleh NZ Post.

Kiwibank meminta maaf kepada pelanggannya dan menyatakan ia sedang berusaha memperbaiki "akses sekejap-sekejap" ke atas perkhidmatan dalam aplikasi, perbankan internet, perbankan telefon dan laman web.
 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan